12/15/2015
12/10/2015
12/05/2015
12/04/2015
12/03/2015
12/02/2015
12/01/2015
Objektif Pelaburan
Jika saudara memandang serius ke arah kewangan yang terancang dan sistematik Saham Amanah/Unit Trust adalah pilihan yang tepat sebagai salah satu instrument pelaburan yang selamat untuk simpanan hari tua saudara. Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini, adakah simpanan saudara sekarang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua?
a. Inflasi
Sebagai contoh kadar inflasi sekarang adalah 4% setiap tahun,dalam masa 15-20thn inflasi akan menjadi 12%.
Adakah simpanan anda cukup untuk menentang kadar inflasi dalam masa 15-20 thn akan datang?
Bayangkan berapa jumlah barang yang mampu kita beli dengan RM50 dahulu VS sekarang. Berbeza bukan?
Sebab itulah saudara perlu mencari instrument pelaburan yang mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya melebihi 4% agar nilai duit kita tidak kalah dengan inflasi.
b. Jangka Hayat
Secara purata dengan kemudahan perubatan yang ada sekarang seseorang itu mampu untuk hidup selama 70 tahun dan ke atas.Untuk kehidupan yang selesa,dengan perbelanjaan RM2,000 sebulan kita memerlukan lebih RM700,000 apabila bersara untuk menampung perbelanjaan kita. Pengiraan sebenar akan saya siarkan di dalam entry blog berikutnya. Adakah kita perolehi simpanan sebanyak itu untuk bersara?
c. Kos persaraan yang tinggi
Secara umumnya kita memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pelbagai kos seperti kos perubatan untuk mengubati penyakit hari tua kita, kos perbelanjaan harian/bulanan, kos yuran pembelajaran anak, kos tempat tinggal, kos pelancongan , ibadah haji, kos perjalanan dan sebagainya. Berdasarkan kos tersebut kita memerlukan sekurang-kurangnya 70% dari gaji bulanan untuk menampung setiap bulan. Adakah dana pencen dan KWSP anda mencukupi?
d. Pengurusan sumber kewangan
Menurut laporan. Sejumlah 72% pencarum KWSP membelanjakan wang mereka dalam tempoh masa 3 tahun sahaja. Ini bererti wang caruman KWSP tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan selepas bersara. Maknanya anda terpaksa bekerja lagi selepas bersara. Adakah ini dinamakan Persaraan? SUDAH BERSARA TETAPI MASIH BEKERJA. Option lain adalah bergantung kepada sumber kewangan anak saudara.
2. Tabung Pendidikan Anak (Children Education Planning)
Salah satu tanggungjawab saudara kepada anak ialah menyediakan pelajaran untuk mereka. Demi masa depan anak-anak yang saudara sayang sudah tentu anda mahukan mereka belajar hingga keperingkat universiti. Bayangkan kos terpaksa anda tanggung pada masa akan datang, jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang. Apa yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang. Adakah saudara ingin mengharapkan PTPTN, anda sendiri tahu bagaimana seksanya berhutang bukan.
3.Faedah Perubatan (Medical Benefit)
Jika saudara tidak dilindungi insurans atau takaful , maka saudara terpaksa menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos perubatan seperti serangan penyakit tidak terjangka, kritikal/kronik yang memerlukan pembedahan, kemalangan dan sebagainya. Apakah tindakan saudara seterusnya? Meminjam?
4.Peluang Perniagaan (Bussiness Opportunity)
Jadikan pelaburan saudara hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau memperbesarkan operasi perniagaan sediada. Rebutlah peluang untuk menggandakan wang ada.
5.Peluang Melancong
Tempat-tempat yang menarik
di Malaysia dan di dunia, sudah pasti menjadi idaman anda sebagai destinasi
pelancongan. Bagaimana saudara hendak mengecapi impian untuk melancong
sekiranya struktur kewangan adalah terhad? Jadi usahakan wang anda supaya ia
bekerja lebih untuk saudara.
**********************************************
Nama: Mohd Rahimi
Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/
********************************************
Panduan Langsai Hutang
Bebaskan diri dari jerat hutang. Anda perlu pilih tempoh masa yang pendek dengan kadar faedah yang rendah.
Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk melangsaikan hutang anda. anda boleh mengasingkan beberapa jumlah wang anda dan jadikan sebagai penyelesaian secara bulanan.
Anda harus menggunakan sistem pengurusan hutang yang baik agar anda boleh segerakan menyelesaikan hutang tersebut. Lebihan wang anda kemudiannya boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik, samada sebagai simpanan, pelaburan, perlindungan ataupun sedekah.
Disini saya berikan 3 strategi yang boleh digunakan;
Debt Consolidation Strategy
apabila anda telah dilanda masalah beban kewangan yang meruncing, dan buntu bagi menyelesaikan hutang-hutang anda yang berbeza, anda boleh gunakan cara ini untuk lebih fokus. Namun cara ini juga tertakluk kepada profail kewangan yang cantik di mata pihak bank.
Contohnya apabila anda mempunyai hutang kad kredit dengan kadar faedah 17%, hutang peribadi dengan faedah 8%, hutang rumah dengan kadar faedah 4% anda boleh gunakan kaedah overlap untuk mengumpul semua hutang ini.
Maka anda hanya perlu memberikan kadar faedah 1 pihak sahaja. Satu perkara yang perlu anda tahu, ialah membuat sebarang pinjaman, nilai kadar faedah adalah yang perlu anda ambil kira. ia adalah lebih penting daripada nilai bayaran yang perlu anda bayar setiap bulan. Jadi pastikan anda mengenal pasti di akaun mana yang anda boleh tumpukan. Berbincang dengan pihak bank agar dapat melupuskan hutang-hutang anda dengan komitmen hutang yang lebih berbaloi.
Debt Snowball Strategy
Snowball atau bebola salji apabila menuruni bukit akan semakin besar, dan semakin besar. Teori ini sesuai dengan kaedah penyelesaiian secara snowball. Debt Snowball Strategy bermaksud wang anda untuk menyelesaikan hutang semakin banyak dan menyelesaikan semakin banyak dan menyelesaikan lebih mudah. Anda bayar dan habiskan hutang dengan baki terendah dahulu.
Andaikan anda mempunyai hutang sebanyak RM20,000 untuk pinjaman pelajaran,RM160,000 untuk perumahan dan RM50,000 untuk kereta. Anda fokuskan untuk membayar hutang pinjaman peribadi anda dahulu. Apabila anda mempunyai lebihan wang, fokuskan untuk menutup akaun pinjaman pelajaran dahulu.
Bayangkan asalnya anda peruntukkan RM1,500, dengan pecahan RM800, RM400 dan RM300 untuk setiap akaun pinjaman. Jika anda berjaya menyelesaikan akaun dengan bayaran RM300, maka anda ada lebihan RM300 untuk membayar 2 akaun lain. Fokuskan untuk menutup akaun kedua terendah. Jadi anda tetap megeluarkan RM1,500 tetapi RM800 untuk akaun pertama dan RM700 untuk akaun kedua. Jangan lupa untuk berbincang dengan pihak Bank berkenaan niat anda untuk membayar dengan nilai yang berbeza.
Kebaikan anda menggunakan kaedah ini, ialah anda akan mendapati kesan positif menyelesaikan hutang akan memberikan motivasi kepada anda untuk menyelesaikan hutang yang lain.
Kaedah Avalanche
Avalanche bermaksud runtuhan salji Anda boleh kaitkan maksud runtuhan salji dengan kaedah ini. jika kaedah Snowball Strategy memfokuskan kepada hutang dengan baki terendah dahulu, kaedah ini pula menumpukan kepada anda untuk menghabiskan hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi dahulu.
Anda jangan beri peluang kepada hutang untuk memakan diri anda sendiri. Contoh bagi teknik ini, ialah anda mempunyai hutang kad kredit dan pinjaman perumahan. Anda fokuskan wang anda kepada hutang kredit kad dahulu. Bayar secara minimum terhadap pinjaman perumahan anda, dan bayar sebanyak-banyaknya hutang kredit kad anda. Jangan berikannya peluang untuk caj anada dengan caj-caj yang lain.
Dengan kaedah ini juga anda dapat mengurangkan kadar faedah yang dicaj kepada anda. Seperti tips diatas, apabila berhutang jangan lihat kepada berapa perlu dibayar setiap bulan, tetapi lihatlah kepada beberapa faedah dan tempoh yang perlu anda bayar. Terutamanya sekali, jika ianya hutang jahat, anda perlu pilih tempoh masa yang pendek dengan kadar faedah yang rendah.
**********************************************
Nama: Mohd Rahimi
Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/
********************************************
11/30/2015
Status terkini Sekuriti Patuh Syariah di Bursa Malaysia
Wang syubhah atau dikenali wang tidak patuh syariah atau wang haram. Wang syubhah ini patut disalurkan kepada Baitulmal untuk dibersihkan dan kemudian dipulangkan kepada masyarakat.
Di Malaysia tanggungjawab pengistiharaan sekuriti yang diapungkan di Bursa Malaysia adalah dibawah Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Ssekuriti Malaysia (SACSC).
Pengisytiharan kepatuhan sekuriti dilakukan setiap 2 kali setahun iaitu pada setiap Jumaat terakhir Mei dan November setiap tahun.
Hasil daripada pengisytiharaan ini terdapat sekuriti-sekuriti yang sebelumnya patuh syariah telah bertukar status kepada sekuriti tidak patuh syariah.
Hal ini disebabkan oleh kegiatan atau operasi syarikat yang melibatkan:
- Kadar faedah yang melepasi had yang dibenarkan.
- Penggabungan syarikat dengan syarikat yang teras aktiviti perniagaan yang bertentanggan dengan syariah.
Unsur-unsur yang tidak patuh syariah dalam aktiviti syarikat adalah amat sukar dielakkan serta ia amat kecil dan dapat dimaafkan.
Oleh itu pengurus-pengurus dana yang masih memegang mana-mana yang telah sekuriti-sekuriti yang tidak patuh syariah patut melupuskan sekuriti tersebut dalam masa terdekat.
Keterbukaan dan cara pengendalian wang syubhah ini oleh pengurus-pengurus dana harus diberitahu kepada bakal pelabur diluar sana terutamanya yang beragama Islam untuk menyakinkan mereka yang pengurusan dana mereka adalah 100% patuh syariah.
Penentuan samaada sekeruti tersebut patuh syariah menjadi agenda utama para pengurus dana dalam operasi harian mereka.
Mereka memahami bahawa pelabur yang melantik mereka terutamanya yang beragama Islam mahukan sekuriti yang benar-benar patuh syariah.
Justeru hasil daripada saringan sekuriti ini amat berkait rapat dengan kepentingan para pengurus dana dalam memastikan dana-dana patuh syariah mereka dapat disusun strategi dan dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan semaksimum mungkin tetapi bersih dari segala kekotoran.
11/13/2015
Kelebihan Melabur dalam Amanah Saham/Unit Trust
Melabur dalam amanah saham/unit trust memberi banyak kelebihan. Saya senaraikan 7 manfaat amanah saham/unit trust.
1. Pengurusan professional.
Dana amanah saham/unit trust diuruskan oleh mereka yang profesional. Individu profesional ini bekerja secara sepenuh masa untuk memastikan dana yang dilaburkan memberikan pulangan yang terbaik.
Dana amanah saham/unit trust diuruskan oleh mereka yang profesional. Individu profesional ini bekerja secara sepenuh masa untuk memastikan dana yang dilaburkan memberikan pulangan yang terbaik.
2. Penyebaran risiko.
Kelebihan utama amanah saham/unit trust sebenarnya adalah penyebaran risiko. Amanah saham/Unit trust dilaburkan dalam pelbagai sector saham, bon dan sekuriti. Ini dapat mengurangkan risiko, jika prestasi sesuatu sektor kurang memberangsangkan, prestasi sector yang lain akan dapat membantu memberikan imbangan pulangan yang lebih baik.
Kelebihan utama amanah saham/unit trust sebenarnya adalah penyebaran risiko. Amanah saham/Unit trust dilaburkan dalam pelbagai sector saham, bon dan sekuriti. Ini dapat mengurangkan risiko, jika prestasi sesuatu sektor kurang memberangsangkan, prestasi sector yang lain akan dapat membantu memberikan imbangan pulangan yang lebih baik.
3. Sesiapa saja mampu melabur dalam amanah saham/unit trust.
Anda hanya memerlukan modal permulaan yang rendah iaitu RM1,000. Malah terdapat dana yang hanya memerlukan pelaburan permulaan serendah RM500. Selepas itu pelabur boleh melaburkan sebarang amaun. Ini membolehkan sesiapa sahaja membuat pelaburan dalam unit trust.
Anda hanya memerlukan modal permulaan yang rendah iaitu RM1,000. Malah terdapat dana yang hanya memerlukan pelaburan permulaan serendah RM500. Selepas itu pelabur boleh melaburkan sebarang amaun. Ini membolehkan sesiapa sahaja membuat pelaburan dalam unit trust.
4. Mudah tunai.
Unit yang dilaburkan boleh ditunaikan bila-bila masa. Tidak seperti instrument pelaburan yang lain, anda akan memperolehi nilai tunai unit yang dijual hampir serta-merta.
Unit yang dilaburkan boleh ditunaikan bila-bila masa. Tidak seperti instrument pelaburan yang lain, anda akan memperolehi nilai tunai unit yang dijual hampir serta-merta.
5. Selamat.
Pelaburan dalam amanah saham/unit trust adalah selamat, kerana dana tersebut tidak dibenarkan membuat pinjaman untuk membuat sebarang pelaburan. Lagipun semua dana unit trust dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur.
Pelaburan dalam amanah saham/unit trust adalah selamat, kerana dana tersebut tidak dibenarkan membuat pinjaman untuk membuat sebarang pelaburan. Lagipun semua dana unit trust dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur.
6. Tidak memerlukan perhatian khusus.
Anda tidak perlu memperuntukkan masa yang khusus setiap hari untuk mengendalikan usuran pelaburan dana, kerana semuanya dilakukan oleh pengurus dana yang dipertanggungjawabkan. Ini membolehkan pelabur untuk memperuntukkan masa mereka kepada aktiviti lain.
Anda tidak perlu memperuntukkan masa yang khusus setiap hari untuk mengendalikan usuran pelaburan dana, kerana semuanya dilakukan oleh pengurus dana yang dipertanggungjawabkan. Ini membolehkan pelabur untuk memperuntukkan masa mereka kepada aktiviti lain.
7. Pulangan yang menarik.
Setakat ini, pulangan daripada amanah saham/unit trust sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus adalah normal, malah terdapat dana yang memberi pulangan yang lebih tinggi jika pasaran saham adalah baik. Walaupun ada masanya pulangan kurang baik, tetapi dalam jangka panjang pulangan amanah saham/unit trust adalah jauh lebih baik daripada simpanan tetap.
Setakat ini, pulangan daripada amanah saham/unit trust sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus adalah normal, malah terdapat dana yang memberi pulangan yang lebih tinggi jika pasaran saham adalah baik. Walaupun ada masanya pulangan kurang baik, tetapi dalam jangka panjang pulangan amanah saham/unit trust adalah jauh lebih baik daripada simpanan tetap.
Artikel ini mendapat ilham dari buku Azizi Ali “Millionaires are from different planet”.
**********************************************
Nama: Mohd Rahimi
Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/
********************************************
11/12/2015
Laporan Kewangan Suku Ke3 Petronas
11/10/2015
Sebelum Umur 40 Tahun
1. Berhenti merokok.
2. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain.
3. Berhenti cuba memuaskan hati semua pihak.
4. Mula patuhi rutin tidur.
5. Mula kerap bersenam
6. Mula menulis jurnal
7. Mula menyimpan wang.
8. Mula mengejar impian hidup.
9. Mula memaafkan diri sendiri.
Sumber kajian Perniagaan Harvard, terbitan Utusan Malaysia 10.11.2015.
Ini adalah hasil kajian yang dilakukan mereka, but seriously umur 40 tahun? Mula menyimpan wang dan mengejar impian hidup? Patut dimulakan sekarang!..Jangan bertangguh!
10/28/2015
Analisa Bajet 2016
Oleh Prof Mohd Nazari Ismail, Biro Penyelidikan IKRAM.
http://profnazari.blogspot.my/2015/10/analisa-bajet-2016.html
http://profnazari.blogspot.my/2015/10/analisa-bajet-2016.html
Bajet 2016 kerajaan telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 Oktober 2015 dalam dalam keadaan yang agak tertekan. Ini memandangkan pendapatan kerajaan dari sumber biasanya terus menurun akibat dari kejatuhan harga minyak.
Oleh itu kerajaan terpaksa bergantung kepada sumber GST, satu kaedah percukaian yang sangat tidak popular di kalangan rakyat.
Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh kerajaan ialah perasaan tidak puas hati yang berleluasa di kalangan rakyat yang kesempitan hidup akibat keadaan kos kehidupan yang sentiasa meningkat, termasuk harga rumah yang telah melambung tinggi ke tahap yang mustahil dibeli oleh kebanyakan orang, terutama di kalangan anak muda. Ramai yang merasakan bahawa punca utama kos kehidupan telah meningkat ialah kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi dan oleh itu berlakulah banyak amalan pembaziran dan ketirisan. Akhir sekali rakyat juga merasa curiga dengan tindakan kerajaan mewujudkan syarikat 1MDB yang mempunyai beban hutang yang begitu besar yang kemungkinan akhirnya akan ditanggung oleh rakyat juga.
Oleh itu tidak hairanlah kerajaan telah berusaha untuk menghasilkan satu bajet yang mempunyai banyak ciri yang cuba memujuk rakyat supaya kembali menyokong kerajaan. Berbagai peruntukan telah diadakan untuk tujuan ini. Antara lain ialah projek pembangunan yang bukan sahaja akan merangsang aktiviti ekonomi, bahkan juga akan memberi peluang perniagaan dan pekerjaan seperti sembilan projek berimpak tinggi bernilai RM6.7billion, projek menaiktaraf Jalan Tun Razak bernilai RM900 juta, projek menaiktaraf jalan di kawasan penempatan Felda bernilai RM200 juta, projek memperbaiki jalan berjumlah jarak 700km di seluruh negara bernilai RM1.4bil, projek mempermodenkan sektor pertanian bernilai RM5.3billion, dan projek MRT bernilai RM28 billion. Untuk mendapat sokongan dari rakyat di Sawarak dan Sabah, pengguna lebuhraya Sarawak Pan-Borneo Sarawak yang menelan belanja lebih dari RM20 billion tidak akan tidak dikenakan sebarang bayaran tol.
Tarikan lain adalah di dalam bentuk bayaran BR1M, baucar buku kepada pelajar, bantuan persekolahan kepada keluarga miskin, program eRezeki dan eUsahawan, pembinaan 175,000 unit rumah PR1MA, pinjaman mikro kepada peniaga kecil dan sederhana, program kebajikan dan pembangunan komuniti orang Orang Asli, dan penambahan kepada beberapa jenis potongan cukai.
Namun sama ada sentimen rakyat akan menjadi positif sepenuhnya akibat bajet ini boleh dipertikaikan. Ini kerana kerajaan juga telah mengurangkan peruntukan kepada banyak kementerian yang akan menjejaskan kebajikan banyak golongan. Antara lain ialah pemotongan peruntukan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi sebanyak RM2.4 billion yang mengakibatkan peruntukan untuk universiti-universiti dikurangkan sebanyak RM1.442 billion. Yuran pengajian pada peringkat ijazah tinggi besar kemungkinan akan terpaksa dinaikkan selepas ini. Yang paling teruk terjejas ialah Universiti Malaya yang dipotong peruntukan sebanyak 27.3 peratus. Ini bermakna besar kemungkinan peruntukan kerajaan kepada Universiti Malaya untuk tahun 2016 tidak akan dapat menampung kos penggajian staf untuk tahun itu.
Kementerian Komoditi dan Perladangan juga telah mengalami pemotongan peruntukan sebanyak 60.76 peratus. Kesannya akan dirasai oleh pengguna kerana harga minyak masak kemungkinan besar akan naik akibat pengurangan subsidi. Pemotongan peruntukan kepada Kementerian Pengangkutan besar kemungkinan akan mengakibatkan kenaikan harga tiket keretapi dan kapalterbang dari beberapa tempat pendalaman. Pemotongan peruntukan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mengurangkan subsidi bil elektrik yang akan memberi kesan kepada keluarga miskin yang menggunakan elektrik kurang dari RM20 sebulan. Pemotongan peruntukan lain yang agak memeranjatkan ialah peruntukan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang melibatkan agensi penting seperti Mida, MPC, Matrade, dan SME Corp. Pemotongan sebanyak 44 peratus kepada Matrade adalah memeranjatkan kerana kerajaan di dalam proses menandatangani perjanjian TPPA. Bantuan kepada pengeksport adalah sangat penting apabila persaingan dalam pasaran antarabangsa menjadi lebih sengit nanti. Pemotongan peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula adalah tidak secocok dengan laungan kerajaan tentang keprihatinan mereka kerana ia melibatkan program Vaksinasi HPV dan program mammogram.
Satu perkara yang sangat merunsingkan ialah walaupun banyak pemotongan dilakukan kepada berbagai peruntukan yang penting, namun peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri telah ditambah lebih dari RM1 billion. Perdana Menteri patut memberi penjelasan kerana jika tidak, ini akan menimbulkan persoalan kenapakah wang tersebut tidak diagihkan secara terus kepada berbagai kementerian kerajaan sebagai badan pelaksana program kerajaan untuk manfaat masyarakat? Tanpa penjelasan yang munasabah, ramai akan bertanggapan bahawa apa yang sedang berlaku ialah Perdana Menteri ingin membolot semua kredit dari perbelanjaan kerajaan untuk tujuan mengukuhkan kedudukan politik beliau.
Seterusnya aspek yang membimbangkan belanjawan ini ialah ianya masih lagi belanjawan defisit sebanyak 3.1 peratus, yang bermakna kerajaan Malaysia sudah melaksanakan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut. Dalam kaedah Islam, hutang sepatutnya diselesaikan segera dan bukan ditangguhkan. Lebih teruk lagi ialah ianya ditambahkan. Tetapi di dalam kes belanjawan negara kita, walaupun nisbah hutang kerajaan berbanding KNK negara naik sedikit sahaja ke 55 peratus (berbanding 54 peratus), namun ini bermakna hutang terkumpul semakin meningkat. Berdasarkan ramalan IMF, jumlahnya akan menghampiri RM1 trillion pada tahun 2020. Ini bermakna kerajaan akan tertekan untuk mencari sumber dana untuk menyelesaikan beban hutang ini dan oleh itu besar kemungkinan ianya akan datang dalam bentuk kadar GST yang semakin meningkat. Inilah realiti yang sedang berlaku di negara lain. Sebagai contoh di Jepun, kadar GST nya yang dahulu hanya 5 peratus telah meningkat menjadi 8 peratus sekarang dan dirancang utk dinaikkan ke tahap 10 peratus pada tahun hadapan.
Hutang isi-rumah dijangkakan akan meningkat juga. Pada tahun 2014 nisbah kepada KNK adalah 87 peratus. Oleh itu adalah dianggarkan pada tahun 2015, ianya sudah melepasi angka RM1 trillion. Ini adalah satu situasi yang membahayakan kerana jika berlaku kejatuhan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, ramai keluarga akan terkesan dengan hebat.
Respon rakyat kepada bajet ini mungkin bercampur-campur. Bagi yang sangat banyak mendapat faedah, seperti penduduk di Sabah dan Sarawak, sudah tentu mereka akan gembira dengan bajet ini. Begitu juga kumpulan lain seperti ahli beberapa NGO yang akan mendapat peruntukan sebanyak RM160 juta, usahawan yang mendapat manfaat secara langsung dari program TEKUN, dan mereka yang mendapat duit bantuan BRIM. Mereka semua akan berasa terhutang budi kepada kerajaan kerana bajet mempunya banyak aspek yang memberikan duit secara terus ke dalam poket mereka. Namun ada kemungkinan lambat laun mereka akan berasa tidak puas hati apabila menyedari bahawa mereka masih lagi terpaksa membayar GST setiap kali berbelanja di restoran dan supermarket, dan juga terpaksa membayar kenaikan kos tol (bagi mereka yang menggunakan lebuh raya). Mereka juga mungkin akan berasa tidak puas hati apabila kos kehidupan naik akibat dari inflasi.
Sebenarnya walaupun cukai GST, tol dan sebagainya memberi kesan kepada kenaikan kos kehidpuan, namun punca utama kepada kenaikan kos kehidupan adalah sebenarnya sistem kewangan yang kita amalkan di negara kita yang berasaskan kepada amalan riba. Sistem ini akan menggalakan orang untuk berhutang. Apabila jumlah hutang meningkat dengan cepat, jumlah wang juga akan meningkat dan sudah tentu inflasi akan berlaku. Ini adalah satu fenomina yang berlaku di hampir kesemua negara yang beramal dengan sistem riba termasuk di negara maju. Jika masih ramai yang terus berhutang untuk membeli rumah dan lain-lain, ini bermakna harga rumah dan barang lain akan terus naik dan akan memberi kesan kepada kos kehidupan mereka.
Tetapi rakyat yang kurang faham bagaimana sistem kewangan boleh menghasilkan masalah ini akan mengaitkan masalah kenaikan kos kehidupan secara langsung dengan beberapa perkara sahaja iaitu tren kejatuhan ringgit, tren pengurangan subsidi dan pelaksanaan GST oleh kerajaan. Tambahan pula, ada banyak berita di media sosial dan internet yang melaporkan tuduhan pembaziran dan ketirisan di pihak kerajaan yang menghasilkan keadaan di mana hanya segelintir dari rakyat yang berpengaruh mendapat habuan yang sangat banyak sedangkan sebahagian besar yang lain hidup dalam keadaan susah dan melarat. Sudah tentu ini akan membuat rakyat bertambah tidak puas hati kerana mereka akan merasakan mereka telah dizalimi.
Jika perasaan ini meluas dikalangan rakyat, sudah tentu mereka akan menuntut agar berlaku perubahan di dalam masyarakat, terutama dari aspek kuasa politik. Adalah diharapkan perasaan tidak puas hati ini tidak akan menghasilkan suasana kacau bilau yang akan merugikan semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.
Apa yang dapat dirumuskan ialah sebenarnya Bajet 2016 tidak akan mampu menangani masalah dan cabaran ekonomi yang sedang dan akan dihadapi oleh negara kita. Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan adalah sebenarnya sangat serius dan perlu kepada beberapa langkah penting dalam jangka pendek dan panjang. Dalam jangka pendek kerajaan perlu melakukan perkara berikut:
I. Menambahkan tahap ketelusan dalam pengurusan kewangan kerajaan. Dengan cara ini perasaan syak wasangka dan tidak puas hati di kalangan rakyat akan dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.
II. Elemen pembaziran dan ketirisan dalam pentadbiran kewangan kerajaan, serta amalan korupsi dan penyalahgunaan kuasa mesti dihapuskan dengan serta merta.
III. Pelaksanaan projek kerajaan mestilah dilihat dilaksanakn dengan cara yang adil. Keadaan di mana persepsi bahawa hanya segelintir dari masyarakat yang mempunyai hubungan politik sahaja mendapat faedah dan manfaat dari perbelanjaan kerajaan mesti diatasi. Persepsi itu sekarang ini amat meluas dan selagi ianya tidak ditangani dengan berkesan, akan menimbulkan suasana tidak puas hati yang berleluasa di kalangan masyarakat.
Dalam jangka panjang, perubahan-perubahan diatas masih tidak akan menjamin kesejahteraan di dalam masyarakat. Daripada apa yang kita dapat lihat di negara lain, sebenarnya langkah meningkat pendapatan negara sahaja tidak akan mampu menjamin kesejahteraan hidup kepada rakyat. Sebagai contoh, di negara berpendapatan tinggi seperti Greece, Sepanyol, Amerika, Britain dan Jepun, ramai dari kalangan rakyat mereka hidup dalam keadaan sengsara. Sebagai contoh, di Amerika syarikat lebih dari 17 peratus rakyat adalah dalam golongan miskin, di Jepun ialah lebih dari 15peratus, di Sepanyol ialah 21 peratus dan di Greece ialah 30 peratus. Kerajaan di negara tersebut juga banyak memotong peruntukan kerana hutang kerajaan mereka juga amat tinggi. Sebagai contoh nisbah hutang kerajaan Jepun berbanding KNK adalah hampir 250 peratus , di Amerika Syarikat ialah 96 peratus, di UK ialah 97peratus, Spain 97.2 peratus, dan Greece ialah 158 peratus (berbanding 55 peratus di Malaysia). Oleh itu kerajaan negara tersebut juga telah terpaksa melakukan pemotongan kepada perbelanjaan dan akibatnya ramai golongan miskin merana. Kes gelandangan di negara-negara di atas adalah serius, bahkan lebih serius berbanding Malaysia.
Hakikat sebenar ialah selagi amalan riba berleluasa dalam masyarakat, kesejahteraan dari segi ekonomi tidak akan dapat dicapai. Oleh itu, dalam jangka panjang kita juga wajib mematuhi ajaran al Quraan berkenaan Riba. Sistem kewangan yang berasaskan kepada amalan riba mesti dihapuskan. Selagi sistem ini berleluasa dan berkembang dengan pesat, selagi itulah masalah ekonomi dan kewangan masyarakat tidak akan dapat diselesaikan dan lambat laun kita akan mengalami masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara lain juga.
Namun sistem kewangan Riba ini tidak akan dapat dihapuskan jika nilai masyarakat adalah nilai yang berasaskan kepada kebendaan, keduniaan dan kemewahan. Nilai-nilai tersebutlah lah yang diamalkan di Eropah dan akibatnya sistem kewangan berasaskan riba dapat berkembang dengan maju dan seterusnya menghasilkan berbagai masalah yang dihadapi mereka sekarang.
Oleh itu, disamping mewujudkan sistem pemerintahan yang adil, telus, demokratik dan saksama, kita juga semua mesti berusaha untuk menanamkan nilai Islam yang sebenar dalam masyarakat di mana rakyat bukan berlumba-lumba mencari kekayaan dunia tetapi berlumba-lumba mengejar pahala dengan cara berinfaq dan amal solih yang lain. Dengan cara inilah sebuah sistem ekonomi dan kewangan yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar akan dapat diwujudkan, di mana institusi Waqf menggantikan institusi perbankan sebagai institusi terpenting di dalam sistem ekonomi. InshaAllah dengan itu kita dan juga generasi akan datang akan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang sebenar di negara kita yang tercinta ini.
3/03/2015
Apa itu Pelan Persaraan Swasta?
PRS secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan.
Objektif PRS adalah untuk memberi pilihan bagi skim yang sedia ada untuk seluruh rakyat Malaysia, sama ada bekerja atau bekerja sendiri, secara sukarela untuk menambah dana persaraan mereka di bawah skim yang berstruktur dan dikawal selia.
Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana kini pelabur boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka sendiri.
Tujuan Dana PRS adalah untuk memberikan pulangan jangka panjang untuk ahli-ahli menerusi satu kerangka yang dikawal selia. Aset bagi setiap PRS diasingkan daripada Penyedia PRS dan ditempatkan di bawah pegangan amanah yang dikendalikan oleh Pemegang Amanah Skim bebas.
PRS membentuk aspek penting dalam industri pencen swasta dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia di masa persaraan melalui simpanan tambahan.
2/28/2015
Kaya Realiti Papa
'Jangan berasa malu untuk hidup sederhana tetapi berasa malulah kalau berpura-pura hidup kaya'
**********************************************
Nama: Mohd Rahimi
Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/
********************************************
2/06/2015
Bermula Dalam Pelaburan Unit Amanah
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, istilah “pelaburan unit amanah” melibatkan beberapa langkah mudah di mana individu mendepositkan wang ke dalam satu dana dan kemudian menunggu peningkatan nilai dengan sabar tanpa perlu risau tentangnya. Alangkah bagus jika ia semudah itu, betul? Baiklah, anda bertuah kerana pelaburan unit amanah sememangnya tidak begitu sukar dan dalam risalah ini kita akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk bermula!
Dengan beratus-ratus dana unit amanah untuk dipilih, bagaimanakah caranya untuk anda membuat keputusan pelaburan? Sebagai panduan umum, sentiasa ingat bahawa dana unit amanah berfungsi dengan bagus sebagai pelaburan jangka panjang. Dengan memahami sifat setiap dana dan menilai ketahanan risiko sendiri, anda dapat memilih dana yang menyediakan sama ada aliran pendapatan yang tetap mahupun pertumbuhan modal, atau gabungan kedua-duanya. Dengan mengembangkan pelaburan anda dalam dana-dana amanah yang berbeza, anda dapat menghasilkan portfolio unit amanah yang unik yang mana mampu mengawal risiko di samping menjana potensi pulangan. Sekarang ayuh kita bermula!
Dengan beratus-ratus dana unit amanah untuk dipilih, bagaimanakah caranya untuk anda membuat keputusan pelaburan? Sebagai panduan umum, sentiasa ingat bahawa dana unit amanah berfungsi dengan bagus sebagai pelaburan jangka panjang. Dengan memahami sifat setiap dana dan menilai ketahanan risiko sendiri, anda dapat memilih dana yang menyediakan sama ada aliran pendapatan yang tetap mahupun pertumbuhan modal, atau gabungan kedua-duanya. Dengan mengembangkan pelaburan anda dalam dana-dana amanah yang berbeza, anda dapat menghasilkan portfolio unit amanah yang unik yang mana mampu mengawal risiko di samping menjana potensi pulangan. Sekarang ayuh kita bermula!
**********************************************
Nama: Mohd Rahimi
Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/
********************************************
1/15/2015
1/05/2015
1/02/2015
Rahsia Teknik Untuk Melabur Saham Amanah/Unit Trust Tanpa Modal
Apakah yang dimaksudkan dengan melabur Amanah Saham/Unit Trust tanpa modal? Adakah
hal ini benar? Sebenarnya ini adalah
teknik yang masih tidak ramai daripada kita gunakan atau ambil kesempatan. Saya berpendapat ini adalah suatu kerugian yang sangat besar bagi PEKERJA SEKTOR SWASTA kerana teknik
ini tidak melibatkan KOMITMEN BULANAN dan tiada komitmen dalam SLIP GAJI.
Cara yang saya maksudkan ialah mengeluarkan sedikit simpanan
dari Akaun 1 KWSP atau EPF anda, dan dilaburkan. Ramai orang yang telah
melakukannya (bagi yang sudah mengetahuinya, syabas.)...tetapi masih ramai yang terlepas info ini.
Mungkin ada yang berfikir tindakan ini kurang bijak kerana
meletakkan risiko ke dalam tabung KWSP untuk pencen saudara....TETAPI............
Ingin saya tekankan ini adalah pelaburan yang selamat, rendah risiko dan dijamin oleh Suruhanjaya Sekuriti. Tambahan pula, kerajaan terutamanya KWSP tidak mungkin mencadangkan kaedah ini kepada ORANG RAMAI, jika ianya berisiko tinggi! KERAJAAN membenarkan Akaun 1 dikeluarkan untuk pelaburan ke dalam DANA TERPILIH OLEH KERAJAAN sahaja. Maksudnya, DANA YANG BERPOTENSI UNTUNG ATAU MEMBERI PULANGAN MELEBIH DARI KWSP MAMPU BERIKAN.
Ingin saya tekankan ini adalah pelaburan yang selamat, rendah risiko dan dijamin oleh Suruhanjaya Sekuriti. Tambahan pula, kerajaan terutamanya KWSP tidak mungkin mencadangkan kaedah ini kepada ORANG RAMAI, jika ianya berisiko tinggi! KERAJAAN membenarkan Akaun 1 dikeluarkan untuk pelaburan ke dalam DANA TERPILIH OLEH KERAJAAN sahaja. Maksudnya, DANA YANG BERPOTENSI UNTUNG ATAU MEMBERI PULANGAN MELEBIH DARI KWSP MAMPU BERIKAN.
Oleh itu, saya ingin kongsikan TEKNIK MELABUR AMANAH SAHAM/UNIT
TRUST TANPA MODAL yang sangat bijak dan menguntungkan. Hal ini bukan gurauan kerana untungnya adalah antara yang TERBESAR..purata 10%-15% dan sememangnya terdapat dana yang mampu untuk pergi jauh dari 15%.. Terdapat dana yang pulangannya melebihi 25% setahun.
Melabur menggunakan KWSP ini boleh dilakukan setiap 3 bulan
sekali untuk mendapat faedah KOS PURATA RINGGIT yang sememangnya menguntungkan
para pelabur.
6 langkah-langkah
untuk memulakan pelaburan Amanah Saham/Unit Trust Tanpa Modal atau melalui KWSP:
1) Saya sebagai Penasihat Kewangan akan memberikan penerangan
dan nasihat berkenaan pelaburan amanah saham/unit trust. Dana mana yang menjadi
pilihan, kerana terdapat lebih 320+ DANA yang mampu dipilih. DANA islamik? DANA konvensional? Kesilapan memilih akan menyebabkan saudara RUGI.
2) Saudara perlu mendapatkan nombor akaun KWSP anda.
- Saudara boleh menelefon untuk bertanya kepada Khidmat Pelanggan KWSP
03-89226000 atau
- Pergi ke Pejabat KWSP dan semak berapakah jumlah simpanan
anda dalam Akaun 1. Senang sahaja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan,
selepas pengesahan cap jari, anda boleh semak dan cetak status akaun anda
serta merta.
- Kalau saudara mempunyai akses internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan
online KWSP, log-in di http://www.kwsp.gov.my/
dan anda boleh semak status akaun anda.
3) Untuk mengetahui jumlah yang boleh dikeluarkan untuk
pelaburan Amanah Saham/Unit Trust, saudara boleh menggunakan kalkulator di web KWSP untuk
mendapatkan anggaran jumlah simpanan anda yang boleh dikeluarkan dari simpanan
KWSP untuk tujuan pelaburan. Ianya adalah 20% daripada baki asas jumlah Akaun 1.
* PENTING ! Syarat Kelayakan...pastikan Wang di dalam KWSP anda melebihi nilai simpanan asas dalam jadual (jadual simpanan asas kwsp berkuatkuasa 2014) mengikut UMUR...di bawah:
Contoh Pengiraan Pelaburan Amanah Saham/Unit Trust:
Umur Pelabur = contoh= 35 Tahun
Duit dalam akaun 1 KWSP ( boleh check sendiri dengan KWSP
anda) = contoh= RM78,000.00
Simpanan Asas Umur 35 Tahun = RM46000 (check kat jadual
atas)
Maka;
= (RM78,000 - RM46,000 ) X 20%
= RM32, 000 X 0.2
= RM6, 400
4) Setelah anda pastikan kelayakan had pengeluaran saudara dan
jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4.
Muka hadapan dan muka belakang IC anda hendaklah di muka yang sama di atas
kertas A4 tersebut. Atasnya front side dan bawahnya back side IC.
5)
Langkah seterusnya, berjumpalah penasihat kewangan atau consultant saudara dan beliau akan membantu
anda melengkapkan borang-borang berkaitan. Saudara akan diminta menandatangani dan cap
jari (kiri & kanan) ditempat-tempat yang berkenaan. Jangan lupa pula bawa
sekali fotokopi IC beserta nombor akaun KWSP.
6) Agen anda akan menyelesaikan langkah-langkah seterusnya.
Setelah pihak KWSP meluluskan permohonan pengeluaran saudara dan wang anda
diterima oleh pihak pengurusan amanah saham/unit trust yang anda sertai, mereka
akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan pelaburan anda. Antara lain yang
dinyatakan ialah nombor akaun dana yang anda sertai, jumlah wang yang diterima
dan jumlah unit yang diperolehi. Dengan ini, anda telah secara rasminya
menyetai amanah saham/unit trust melalui pengeluaran pelaburan ahli KWSP.
Tahniah!
Beberapa tips dan
peringatan untuk memudahkan urusan anda.
(a) Pastikan fotokopi IC anda jelas. Boleh dibaca. Tidak
overlap antara muka depan dan muka belakang IC anda. Tidak terputus, imej IC
anda tidak diletakkan terlalu ketepi kertas A4 hingga terputus imejnya. Warna
fotocopy hitam putih sahaja.
(b) Untuk elakkan fotokopi jadi kabur, jangan fotokopi
daripada kertas fotokopi IC anda (duplicate copy).
(c) Isi borang dengan ballpen hitam sahaja. Lain color TIDAK
dibenarkan.
(d) Cap jari (ibu jari kiri dan kanan) mesti jelas.
(e) Sila bulatkan amaun pengeluaran KWSP anda. Contohnya
RM2593.80, lebih baik dijadikan RM2590.00 (bulatkan ke amaun yang rendah). Ini
akan memudahkan kakitangan KWSP memproses permohonan anda.
(g) Kalau belum lagi mendaftar perkhidmatan online KWSP,
digalakkan daftar apabila ke pejabat KWSP. Apabila 3 bulan akan datang apabila
anda layak mengeluarkan lagi wang KWSP untuk pelaburan, anda boleh semak terus
secara online.
PENTING
PENTING
Peringatan untuk anda semua terdapat lebih dari 320+ Dana Saham Amanah/Unit Trust di pasaran. Saudara diingatkan untuk mendapatkan nasihat dari profesional kerana tersilap memilih dana akan menyebabkan anda kerugian.
Jangan memilih dana berdasarkan branding kerana yang terbaik tidak semestinya popular, dan yang popular tidak semestinya yang terbaik. Percayalah untuk memaksimumkan keuntungan anda perlu memilih dana yang TEPAT.
Ramai yang masih keliru antara syarikat dan dana. Dana adalah produk keluaran syarikat. Sesuatu syarikat akan mengeluarkan lebih dari 10+ dana. Itu yang saya maksudkan terdapat lebih 300+ dana. Syarikat cuma ada 20+ di Malaysia dan jangan bimbang mengenai syarikat kerana syarikat tersebut walaupun tidak popular tetapi ianya telahpun dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti yang akan melindungi pelabur.
Boleh rujuk di sini untuk mendapatkan senarai dana-dana dari syarikat pengurusan dana.
Senarai dana-dana Amanah saham KWSP
Apa yang penting adalah memilih dana bukannya syarikat.
**********************************************
Nama: Mohd Rahimi
Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/
********************************************
Subscribe to:
Posts (Atom)