1/02/2015

Rahsia Teknik Untuk Melabur Saham Amanah/Unit Trust Tanpa Modal

Apakah yang dimaksudkan dengan melabur Amanah Saham/Unit Trust tanpa modal? Adakah  hal ini benar? Sebenarnya ini adalah teknik yang masih tidak ramai daripada kita gunakan atau ambil kesempatan. Saya berpendapat ini adalah suatu kerugian yang sangat besar bagi PEKERJA SEKTOR SWASTA kerana teknik ini tidak melibatkan KOMITMEN BULANAN dan tiada komitmen dalam SLIP GAJI.

Cara yang saya maksudkan ialah mengeluarkan sedikit simpanan dari Akaun 1 KWSP atau EPF anda, dan dilaburkan. Ramai orang yang telah melakukannya (bagi yang sudah mengetahuinya, syabas.)...tetapi masih ramai yang terlepas info ini.

Mungkin ada yang berfikir tindakan ini  kurang bijak kerana meletakkan risiko ke dalam tabung KWSP untuk pencen saudara....TETAPI............

Ingin saya tekankan ini adalah pelaburan yang selamat, rendah risiko dan dijamin oleh Suruhanjaya Sekuriti. Tambahan pula, kerajaan terutamanya KWSP tidak mungkin mencadangkan kaedah ini kepada ORANG RAMAI, jika ianya berisiko tinggi! KERAJAAN membenarkan Akaun 1 dikeluarkan untuk pelaburan ke dalam DANA TERPILIH OLEH KERAJAAN sahaja. Maksudnya, DANA YANG BERPOTENSI UNTUNG ATAU MEMBERI PULANGAN MELEBIH DARI KWSP MAMPU BERIKAN.

Oleh itu, saya ingin kongsikan TEKNIK MELABUR AMANAH SAHAM/UNIT TRUST TANPA MODAL yang sangat bijak dan menguntungkan. Hal ini bukan gurauan kerana untungnya adalah antara yang TERBESAR..purata 10%-15% dan sememangnya terdapat dana yang mampu untuk pergi jauh dari 15%.. Terdapat dana yang pulangannya melebihi 25% setahun.


Melabur menggunakan KWSP ini boleh dilakukan setiap 3 bulan sekali untuk mendapat faedah KOS PURATA RINGGIT yang sememangnya menguntungkan para pelabur.


6 langkah-langkah untuk memulakan pelaburan Amanah Saham/Unit Trust Tanpa Modal atau melalui KWSP:

1) Saya sebagai Penasihat Kewangan akan memberikan penerangan dan nasihat berkenaan pelaburan amanah saham/unit trust. Dana mana yang menjadi pilihan, kerana terdapat lebih 320+ DANA yang mampu dipilih. DANA islamik? DANA konvensional? Kesilapan memilih akan menyebabkan saudara RUGI.

2) Saudara perlu mendapatkan nombor akaun KWSP anda.
-  Saudara boleh menelefon  untuk bertanya kepada Khidmat Pelanggan KWSP 03-89226000 atau
- Pergi ke Pejabat KWSP dan semak berapakah jumlah simpanan anda dalam Akaun 1. Senang sahaja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan, selepas pengesahan cap jari, anda boleh semak dan cetak status akaun anda serta merta.
- Kalau saudara mempunyai akses internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan online KWSP,   log-in di http://www.kwsp.gov.my/ dan anda boleh semak status akaun anda.

3) Untuk mengetahui jumlah yang boleh dikeluarkan untuk pelaburan Amanah Saham/Unit Trust, saudara boleh menggunakan kalkulator di web KWSP untuk mendapatkan anggaran jumlah simpanan anda yang boleh dikeluarkan dari simpanan KWSP untuk tujuan pelaburan. Ianya adalah 20% daripada baki asas jumlah Akaun 1.

   * PENTING ! Syarat Kelayakan...pastikan Wang di dalam KWSP anda melebihi nilai simpanan asas dalam jadual (jadual simpanan asas kwsp berkuatkuasa 2014) mengikut UMUR...di bawah:

Contoh Pengiraan Pelaburan Amanah Saham/Unit Trust:

Umur Pelabur = contoh= 35 Tahun
Duit dalam akaun 1 KWSP ( boleh check sendiri dengan KWSP anda) =  contoh= RM78,000.00
Simpanan Asas Umur 35 Tahun = RM46000 (check kat jadual atas)
Maka;

= (RM78,000 - RM46,000 ) X 20%
= RM32, 000 X 0.2
= RM6, 400

4) Setelah anda pastikan kelayakan had pengeluaran saudara dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Muka hadapan dan muka belakang IC anda hendaklah di muka yang sama di atas kertas A4 tersebut. Atasnya front side dan bawahnya back side IC.


5) Langkah seterusnya, berjumpalah penasihat kewangan atau consultant saudara dan beliau akan membantu anda melengkapkan borang-borang berkaitan. Saudara akan diminta menandatangani dan cap jari (kiri & kanan) ditempat-tempat yang berkenaan. Jangan lupa pula bawa sekali fotokopi IC beserta nombor akaun KWSP.

6) Agen anda akan menyelesaikan langkah-langkah seterusnya. Setelah pihak KWSP meluluskan permohonan pengeluaran saudara dan wang anda diterima oleh pihak pengurusan amanah saham/unit trust yang anda sertai, mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan pelaburan anda. Antara lain yang dinyatakan ialah nombor akaun dana yang anda sertai, jumlah wang yang diterima dan jumlah unit yang diperolehi. Dengan ini, anda telah secara rasminya menyetai amanah saham/unit trust melalui pengeluaran pelaburan ahli KWSP. Tahniah!

Beberapa tips dan peringatan untuk memudahkan urusan anda.

(a) Pastikan fotokopi IC anda jelas. Boleh dibaca. Tidak overlap antara muka depan dan muka belakang IC anda. Tidak terputus, imej IC anda tidak diletakkan terlalu ketepi kertas A4 hingga terputus imejnya. Warna fotocopy hitam putih sahaja.

(b) Untuk elakkan fotokopi jadi kabur, jangan fotokopi daripada kertas fotokopi IC anda (duplicate copy).

(c) Isi borang dengan ballpen hitam sahaja. Lain color TIDAK dibenarkan.

(d) Cap jari (ibu jari kiri dan kanan) mesti jelas.

(e) Sila bulatkan amaun pengeluaran KWSP anda. Contohnya RM2593.80, lebih baik dijadikan RM2590.00 (bulatkan ke amaun yang rendah). Ini akan memudahkan kakitangan KWSP memproses permohonan anda.

(g) Kalau belum lagi mendaftar perkhidmatan online KWSP, digalakkan daftar apabila ke pejabat KWSP. Apabila 3 bulan akan datang apabila anda layak mengeluarkan lagi wang KWSP untuk pelaburan, anda boleh semak terus secara online. 

PENTING

Peringatan untuk anda semua terdapat lebih dari 320+ Dana Saham Amanah/Unit Trust di pasaran. Saudara diingatkan untuk mendapatkan nasihat dari profesional kerana tersilap memilih dana akan menyebabkan anda kerugian.

Jangan memilih dana berdasarkan branding kerana yang terbaik tidak semestinya popular, dan yang popular tidak semestinya yang terbaik. Percayalah untuk memaksimumkan keuntungan anda perlu memilih dana yang TEPAT.

Ramai yang masih keliru antara syarikat dan dana. Dana adalah produk keluaran syarikat. Sesuatu syarikat akan mengeluarkan lebih dari 10+ dana. Itu yang saya maksudkan terdapat lebih 300+ dana. Syarikat cuma ada 20+ di  Malaysia dan jangan bimbang mengenai syarikat kerana syarikat tersebut walaupun tidak popular tetapi ianya telahpun dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti yang akan melindungi pelabur.
Boleh rujuk di sini untuk mendapatkan senarai dana-dana dari syarikat pengurusan dana.
Senarai dana-dana Amanah saham KWSP

Apa yang penting adalah memilih dana bukannya syarikat.




**********************************************
Nama: Mohd Rahimi Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/

********************************************

No comments:

Post a Comment