Showing posts with label Scamm. Show all posts
Showing posts with label Scamm. Show all posts

11/09/2016

Cara Mengenal Pasti Ketulenan Emas


Sikap tamak kerana mahu mengaut keuntungan segera menyebabkan ramai terbeli emas palsu.

Kita didedahkan kewujudan jongkong dan barang kemas yang sengaja dicampur logam tungsten untuk menipu orang ramai.

Kaedah menambah berat pada jongkong atau perhiasan emas itu dikesan dilakukan oleh sendiket yang menawarkan emas itu pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Kebiasannya mereka ini membeli emas melalui online. Golongan ini tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran mengenai emas, justeru lebih senang ditipu dengan tawaran harga yang lebih murah.

Antara cara mengenal pasti ketulenan emas tersebut ialah:

-Menggunakan asid khas. Selalunya ujian ini dilakukan di kedai emas sebelum bersetuju membeli emas dijual oleh pelanggan.

-Membakar sedikit emas berkenaan. Emas tidak akan rosak dan hitam jika ia adalah tulen.

-Memotong emas itu sendiri. Pembeli emas akan meminta kebenaran terlebih pelanggan terlebih dahulu untuk memotong emas berkenaan bagi mengetahui kandungan logam asing di dalamnnya.

-Kebiasaanya mereka yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan mengenai emas sudah dapat mengagak emas berkenaan dicampur  bahan lain apabila memegangnya. Berat emas dicampur logam lain juga berbeza berbanding emas tulen.

Islamic Hotel: Apa Kata Undang-Undang?



Media baru-baru ini melaporkan lebih 150, 000 individu (tidak semuannya kaya raya) telah tertipu dalam satu skim yang diberi nama Islamic Hotel (Skim pelaburan pajakan hotel di Mekah). Apa yang berlaku itu amat menyedihkan.

Ini memandangkan jumlah kerugian pelabur setakat ini telah mencecah angka RM450 Juta. Khabarnya sebahagian besar wang itu sempat dilarikan keluar negara oleh petualang yang menaja skim pelaburan tipu ini. Oleh itu, peluang mangsa pelaburan mendapat balik wang mereka adalah amat tipis sekali.

Ada dua sebab mengapa skim pelaburan itu begitu mudah sekali menarik perhatian orang ramai terutamanya bagi mereka yang tidak begitu arif tentang undang-undang dan prosedur pelaburan yang sah.

 Pertama, disebabkan namanya dikaitkan dengan kota suci Mekah dan kedua hanya dengan membuat pelaburan RM3,500 awal setiap bulan pelabur akan menerima “dividend” sebanyak 15 % hingga 30 % hasil daripada keuntungan pajakan hotel di kota suci itu.

Penulis kira ramai tidak tahu bahawa di bawah seksyen 131 dan 132 Akta Syarikat 2016 (Akta777), sesuatu “dividen “ itu hanya boleh dikeluarkan oleh syarikat sekiranya 2 syarat penting dapat dipatuhi.

  1. Pertama, dividen itu dikeluarkan sekirannya syarikat ada keuntungan sebenar daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan dalam masa setahun yang lalu.
  2. Kedua,, pengarah syarikat telah mengesahkan bahawa pembayaran dividen itu tidak akan menjejaskan solvency (tahap kewangan yang sihat) syarikat tersebut.


Oleh itu mereka yang terbukti melakukan kesalahan di bawah seksyen 131 ini boleh membawa kepada  hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun, denda RM3 Juta atau kedua-duanya sekali.

Jika kita periksa secara teliti bagaimana skim pelaburan ini dikendalikan (hakikatnnya satu skim cepat kaya), pembayaran dividen kepada pelabur itu bukan dibuat hasil keuntungan syarikat tetapi daripada wang pelaburan baharu yang dikitar semula.

Sebelum itu, pada 11 Februari 2015,  Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam Malaysia telah pun mengeluarkan fatwa bahawa skim pelaburan yang dikendalikan oleh syarikat Mecca Fund Global adalah haram.

Suspek dalam kes ini berjaya menipu pelabur dengan menukar nama skim pelaburan ini daripada Mecca Fund Global kepada Mecca Islamic Global dan akhirnya Islamic Hotel. Polis telah merujuk perkara ini kepada Tabung Haji dan mendapati skim pelaburan ini sebenarnnya tidak wujud.

Wartawan UM, Zulkiflee Bakar dalam artikelnya “jangan mudah terpedaya nama Islam” pada 31 Oktober lalu pula ada menyatakan harapannya agar kerajaan memikirkan penggubalan undang-undang bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada penganjur dan penaja pelaburan tipu ini.

Saranan beliau ini mengingatkan penulis kepada seksyen 594(1) Akta Syarikat 2016 yang menyatakan bahawa jika seseorang  itu ada mendorong orang lain secara tipu untuk melabur dalam apa-apa skim pelaburan, orang itu boleh dikenakan (jika sabit kesalahan) hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun, denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, di bawah seksyen 594(2) pula, mana-mana pegawai atau ejen syarikat itu boleh juga diheret ke mahkamah dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman yang sama iaitu penjara 10 tahun, denda RM3 juta, atau kedua-duannya sekali.

Selain itu perlu ditegaskan di sini bahawa sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta  Syarikat seperti ini boleh juga dituduh  melakukan kesalahan di bawah undang-undang pengubalan wang haram, iaitu Akta A1467 (nama penuhnnya Anti- Money Laundering and Anti-Terrorism Financing (Amendment) Act 2014).

Ekoran pindaan yang dilakukan pada tahun 2014 lalu, seseorang yang disabitkan di bawah seksyen 4 Akta A1467 itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun , serta denda 5 kali nilai wang haram atau RM5juta, yang mana lebih tinggi.

Kesimpulannya, jika pihak berkuasa negara ini serius mahu mejadikan kes terbaharu penipuan pelaburan skim Hotel Mekkah ini satu pengajaran pahit kepada penjenayah terlibat pada masa hadapan, heretlah semua petualang ini di bawah ketiga-tiga undang-undang yang disebutkan di atas tadi dan minta mahkamah menjatuhkan hukuman  ke atas mereka secara konsekutif di bawah setiap undang-undang itu dan bukan serentak.


Penulis ialah penganalisa undang-undang
Oleh Salleh Buang
UM 8 November 2016