12/01/2015

Objektif Pelaburan



1.Dana/Wang Persaraan (Retirement Planning)

Jika saudara memandang serius ke arah kewangan yang terancang dan sistematik Saham Amanah/Unit Trust adalah pilihan yang tepat sebagai salah satu instrument pelaburan yang selamat untuk simpanan hari tua saudara. Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini, adakah simpanan saudara sekarang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua?

a. Inflasi 
Sebagai contoh kadar inflasi sekarang adalah 4% setiap tahun,dalam masa 15-20thn inflasi akan menjadi 12%.
Adakah simpanan anda cukup untuk menentang kadar inflasi dalam masa 15-20 thn akan datang?
Bayangkan berapa jumlah barang yang mampu kita beli dengan RM50 dahulu VS sekarang. Berbeza bukan? 

Sebab itulah saudara perlu mencari instrument pelaburan yang mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya melebihi 4% agar nilai duit kita tidak kalah dengan inflasi.

b. Jangka Hayat
Secara purata dengan kemudahan perubatan yang ada sekarang seseorang itu mampu untuk hidup selama 70 tahun dan ke atas.Untuk kehidupan yang selesa,dengan perbelanjaan RM2,000 sebulan kita memerlukan lebih RM700,000 apabila bersara untuk menampung perbelanjaan kita. Pengiraan sebenar akan saya siarkan di dalam entry blog berikutnya. Adakah kita perolehi simpanan sebanyak itu untuk bersara?

c. Kos persaraan yang tinggi
Secara umumnya kita memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pelbagai kos seperti kos perubatan untuk mengubati penyakit hari tua kita, kos perbelanjaan harian/bulanan, kos yuran pembelajaran anak, kos tempat tinggal, kos pelancongan , ibadah haji, kos perjalanan dan sebagainya. Berdasarkan kos tersebut kita memerlukan sekurang-kurangnya 70% dari gaji bulanan untuk menampung setiap bulan. Adakah dana pencen dan KWSP anda mencukupi?

d. Pengurusan sumber kewangan
Menurut laporan. Sejumlah 72% pencarum KWSP membelanjakan wang mereka dalam tempoh masa 3 tahun sahaja. Ini bererti wang caruman KWSP tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan selepas bersara. Maknanya anda terpaksa bekerja lagi selepas bersara. Adakah ini dinamakan Persaraan? SUDAH BERSARA TETAPI MASIH BEKERJA. Option lain adalah bergantung kepada sumber kewangan anak saudara.


2. Tabung Pendidikan Anak (Children Education Planning)

Salah satu tanggungjawab saudara kepada anak ialah menyediakan pelajaran untuk mereka. Demi masa depan anak-anak yang saudara sayang sudah tentu anda mahukan mereka belajar hingga keperingkat universiti. Bayangkan kos terpaksa anda tanggung pada masa akan datang, jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang. Apa yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang. Adakah saudara ingin mengharapkan PTPTN, anda sendiri tahu bagaimana seksanya berhutang bukan.

3.Faedah Perubatan (Medical Benefit)

Jika saudara tidak dilindungi insurans atau takaful , maka saudara terpaksa menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos perubatan seperti serangan penyakit tidak terjangka, kritikal/kronik yang memerlukan pembedahan, kemalangan dan sebagainya. Apakah tindakan saudara seterusnya? Meminjam?

4.Peluang Perniagaan (Bussiness Opportunity)

Jadikan pelaburan saudara hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau memperbesarkan operasi perniagaan sediada. Rebutlah peluang untuk menggandakan wang ada.


5.Peluang Melancong

Tempat-tempat yang menarik di Malaysia dan di dunia, sudah pasti menjadi idaman anda sebagai destinasi pelancongan. Bagaimana saudara hendak mengecapi impian untuk melancong sekiranya struktur kewangan adalah terhad? Jadi usahakan wang anda supaya ia bekerja lebih untuk saudara.


**********************************************
Nama: Mohd Rahimi Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/

********************************************

Negara yang Mempunyai Perbelanjaan Pelancongan Islam Utama


Panduan Langsai Hutang

Bebaskan diri dari jerat hutang. Anda perlu pilih tempoh masa yang pendek dengan kadar faedah yang rendah.




Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk melangsaikan hutang anda. anda boleh mengasingkan beberapa jumlah wang anda dan jadikan sebagai penyelesaian secara bulanan.

Anda harus menggunakan sistem pengurusan hutang yang baik agar anda boleh segerakan menyelesaikan hutang tersebut. Lebihan wang anda kemudiannya boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik, samada sebagai simpanan, pelaburan, perlindungan ataupun sedekah.

Disini saya berikan 3 strategi yang boleh digunakan;

Debt Consolidation Strategy

apabila anda telah dilanda masalah beban kewangan yang meruncing, dan buntu bagi menyelesaikan hutang-hutang anda yang berbeza, anda boleh gunakan cara ini untuk lebih fokus. Namun cara ini juga tertakluk kepada profail kewangan yang cantik di mata pihak bank.

Contohnya apabila anda mempunyai hutang kad kredit dengan kadar faedah 17%, hutang peribadi dengan faedah 8%, hutang rumah dengan kadar faedah 4% anda boleh gunakan kaedah overlap untuk mengumpul semua hutang ini.

Maka anda hanya perlu memberikan kadar faedah 1 pihak sahaja. Satu perkara yang perlu anda tahu, ialah membuat sebarang pinjaman, nilai kadar faedah adalah yang perlu anda ambil kira. ia adalah lebih penting daripada nilai bayaran yang perlu anda bayar setiap bulan. Jadi pastikan anda mengenal pasti di akaun mana yang anda boleh tumpukan. Berbincang dengan pihak bank agar dapat melupuskan hutang-hutang anda dengan komitmen hutang yang lebih berbaloi.

Debt Snowball Strategy

Snowball atau bebola salji apabila menuruni bukit akan semakin besar, dan semakin besar. Teori ini sesuai dengan kaedah penyelesaiian secara snowball. Debt Snowball Strategy bermaksud wang anda untuk menyelesaikan hutang semakin banyak dan menyelesaikan semakin banyak dan menyelesaikan lebih mudah. Anda bayar dan habiskan hutang dengan baki terendah dahulu.

Andaikan anda mempunyai hutang sebanyak RM20,000 untuk pinjaman pelajaran,RM160,000 untuk perumahan dan RM50,000 untuk kereta. Anda fokuskan untuk membayar hutang pinjaman peribadi anda dahulu. Apabila anda mempunyai lebihan wang, fokuskan untuk menutup akaun pinjaman pelajaran dahulu.

Bayangkan asalnya anda peruntukkan RM1,500, dengan pecahan RM800, RM400 dan RM300 untuk setiap akaun pinjaman. Jika anda berjaya menyelesaikan akaun dengan bayaran RM300, maka anda ada lebihan RM300 untuk membayar 2 akaun lain. Fokuskan untuk menutup akaun kedua terendah. Jadi anda tetap megeluarkan RM1,500 tetapi RM800 untuk akaun pertama dan RM700 untuk akaun kedua. Jangan lupa untuk berbincang dengan pihak Bank berkenaan niat anda untuk membayar dengan nilai yang berbeza.

Kebaikan anda menggunakan kaedah ini, ialah anda akan mendapati kesan positif  menyelesaikan hutang akan memberikan motivasi kepada anda untuk menyelesaikan  hutang yang lain.

Kaedah Avalanche

Avalanche bermaksud runtuhan salji Anda boleh kaitkan maksud runtuhan salji dengan kaedah ini. jika kaedah Snowball Strategy memfokuskan  kepada hutang dengan baki terendah dahulu, kaedah ini pula menumpukan kepada anda untuk menghabiskan hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi dahulu.

Anda jangan beri peluang kepada hutang untuk memakan diri anda sendiri. Contoh bagi teknik ini, ialah anda mempunyai hutang kad kredit dan pinjaman perumahan. Anda  fokuskan wang anda kepada hutang kredit kad dahulu. Bayar secara minimum terhadap pinjaman perumahan anda, dan bayar sebanyak-banyaknya hutang kredit kad anda. Jangan berikannya peluang untuk caj anada dengan caj-caj yang lain.

Dengan kaedah ini juga anda dapat mengurangkan kadar faedah yang dicaj kepada anda. Seperti tips diatas, apabila berhutang jangan lihat  kepada berapa perlu dibayar setiap bulan, tetapi lihatlah kepada beberapa faedah dan tempoh yang perlu anda bayar. Terutamanya sekali, jika ianya hutang jahat, anda perlu pilih tempoh masa yang pendek dengan kadar faedah yang rendah.


**********************************************
Nama: Mohd Rahimi Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/


********************************************

11/30/2015

Status terkini Sekuriti Patuh Syariah di Bursa Malaysia


Wang syubhah atau dikenali wang tidak patuh syariah atau wang haram. Wang syubhah ini patut disalurkan kepada Baitulmal untuk dibersihkan dan kemudian dipulangkan kepada masyarakat.

Di Malaysia tanggungjawab pengistiharaan sekuriti yang diapungkan di Bursa Malaysia adalah dibawah Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Ssekuriti Malaysia (SACSC).

Pengisytiharan kepatuhan sekuriti dilakukan setiap 2 kali setahun iaitu pada setiap Jumaat terakhir Mei dan November setiap tahun.

Hasil daripada pengisytiharaan ini terdapat sekuriti-sekuriti yang sebelumnya patuh syariah telah bertukar status kepada sekuriti tidak patuh syariah.

Hal ini disebabkan oleh kegiatan atau operasi syarikat yang melibatkan:

  1. Kadar faedah yang melepasi had yang dibenarkan.
  2. Penggabungan syarikat dengan syarikat yang teras aktiviti perniagaan yang bertentanggan dengan syariah.
Unsur-unsur yang tidak patuh syariah dalam aktiviti syarikat adalah amat sukar dielakkan serta ia amat kecil dan dapat dimaafkan.

Oleh itu pengurus-pengurus dana yang masih memegang mana-mana yang telah sekuriti-sekuriti yang tidak patuh syariah patut melupuskan sekuriti tersebut dalam masa terdekat.

Keterbukaan dan cara pengendalian wang syubhah ini oleh pengurus-pengurus dana harus diberitahu kepada bakal pelabur diluar sana terutamanya yang beragama Islam untuk menyakinkan mereka yang pengurusan dana mereka adalah 100% patuh syariah.

Penentuan samaada sekeruti tersebut patuh syariah menjadi agenda utama para pengurus dana  dalam operasi harian mereka.

Mereka memahami bahawa pelabur yang melantik mereka terutamanya yang beragama Islam mahukan sekuriti yang benar-benar patuh syariah.

Justeru hasil daripada saringan sekuriti ini amat berkait rapat dengan kepentingan para pengurus dana dalam memastikan dana-dana patuh syariah mereka dapat disusun strategi dan dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan semaksimum mungkin tetapi bersih dari segala kekotoran.


11/13/2015

10 Negara Teratas bagi Pelancongan Halal


Kelebihan Melabur dalam Amanah Saham/Unit Trust



Melabur dalam amanah saham/unit trust memberi banyak kelebihan. Saya senaraikan 7 manfaat amanah saham/unit trust.
1. Pengurusan professional.
Dana amanah saham/unit trust diuruskan oleh mereka yang profesional. Individu profesional ini bekerja secara sepenuh masa untuk memastikan dana yang dilaburkan memberikan pulangan yang terbaik.
2. Penyebaran risiko.
Kelebihan utama amanah saham/unit trust sebenarnya adalah penyebaran risiko. Amanah saham/Unit trust dilaburkan dalam pelbagai sector saham, bon dan sekuriti. Ini dapat mengurangkan risiko, jika prestasi sesuatu sektor kurang memberangsangkan, prestasi sector yang lain akan dapat membantu memberikan imbangan pulangan yang lebih baik.
3. Sesiapa saja mampu melabur dalam amanah saham/unit trust.
Anda hanya memerlukan modal permulaan yang rendah iaitu RM1,000. Malah terdapat dana yang hanya memerlukan pelaburan permulaan serendah RM500. Selepas itu pelabur boleh melaburkan sebarang amaun. Ini membolehkan sesiapa sahaja membuat pelaburan dalam unit trust.
4. Mudah tunai.
Unit yang dilaburkan boleh ditunaikan bila-bila masa. Tidak seperti instrument pelaburan yang lain, anda akan memperolehi nilai tunai unit yang dijual hampir serta-merta.
5. Selamat.
Pelaburan dalam amanah saham/unit trust adalah selamat, kerana dana tersebut tidak dibenarkan membuat pinjaman untuk membuat sebarang pelaburan. Lagipun semua dana unit trust dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur.
6. Tidak memerlukan perhatian khusus.
Anda tidak perlu memperuntukkan masa yang khusus setiap hari untuk mengendalikan usuran pelaburan dana, kerana semuanya dilakukan oleh pengurus dana yang dipertanggungjawabkan. Ini membolehkan pelabur untuk memperuntukkan masa mereka kepada aktiviti lain.
7. Pulangan yang menarik.
Setakat ini, pulangan daripada amanah saham/unit trust sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus adalah normal, malah terdapat dana yang memberi pulangan yang lebih tinggi jika pasaran saham adalah baik. Walaupun ada masanya pulangan kurang baik, tetapi dalam jangka panjang pulangan amanah saham/unit trust adalah jauh lebih baik daripada simpanan tetap.

Artikel ini mendapat ilham dari buku Azizi Ali “Millionaires are from different planet”.

**********************************************
Nama: Mohd Rahimi Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/


********************************************

11/12/2015

11/10/2015

Sebelum Umur 40 Tahun



1. Berhenti merokok.
2. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain.
3. Berhenti cuba memuaskan hati semua pihak.
4. Mula patuhi rutin tidur.
5. Mula kerap bersenam
6. Mula menulis jurnal
7. Mula menyimpan wang.
8. Mula mengejar impian hidup.
9. Mula memaafkan diri sendiri.

Sumber kajian Perniagaan Harvard, terbitan Utusan Malaysia 10.11.2015.

Ini adalah hasil kajian yang dilakukan mereka, but seriously umur 40 tahun? Mula menyimpan wang dan mengejar impian hidup? Patut dimulakan sekarang!..Jangan bertangguh!