10/28/2015

Analisa Bajet 2016

Oleh Prof Mohd Nazari Ismail, Biro Penyelidikan IKRAM.
http://profnazari.blogspot.my/2015/10/analisa-bajet-2016.html





Bajet 2016 kerajaan telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 Oktober 2015 dalam dalam keadaan yang agak tertekan. Ini memandangkan pendapatan kerajaan dari sumber biasanya terus menurun akibat dari kejatuhan harga minyak.

Oleh itu kerajaan terpaksa bergantung kepada sumber GST, satu kaedah percukaian yang sangat tidak popular di kalangan rakyat.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh kerajaan ialah perasaan tidak puas hati yang berleluasa di kalangan rakyat yang kesempitan hidup akibat keadaan kos kehidupan yang sentiasa meningkat, termasuk harga rumah yang telah melambung tinggi ke tahap yang mustahil dibeli oleh kebanyakan orang, terutama di kalangan anak muda. Ramai yang merasakan bahawa punca utama kos kehidupan telah meningkat ialah kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi dan oleh itu berlakulah banyak amalan pembaziran dan ketirisan. Akhir sekali rakyat juga merasa curiga dengan tindakan kerajaan mewujudkan syarikat 1MDB yang mempunyai beban hutang yang begitu besar yang kemungkinan akhirnya akan ditanggung oleh rakyat juga.

Oleh itu tidak hairanlah kerajaan telah berusaha untuk menghasilkan satu bajet yang mempunyai banyak ciri yang cuba memujuk rakyat supaya kembali menyokong kerajaan. Berbagai peruntukan telah diadakan untuk tujuan ini. Antara lain ialah projek pembangunan yang bukan sahaja akan merangsang aktiviti ekonomi, bahkan juga akan memberi peluang perniagaan dan pekerjaan seperti sembilan projek berimpak tinggi bernilai RM6.7billion, projek menaiktaraf Jalan Tun Razak bernilai RM900 juta, projek menaiktaraf jalan di kawasan penempatan Felda bernilai RM200 juta, projek memperbaiki jalan berjumlah jarak 700km di seluruh negara bernilai RM1.4bil, projek mempermodenkan sektor pertanian bernilai RM5.3billion, dan projek MRT bernilai RM28 billion. Untuk mendapat sokongan dari rakyat di Sawarak dan Sabah, pengguna lebuhraya Sarawak Pan-Borneo Sarawak yang menelan belanja lebih dari RM20 billion tidak akan tidak dikenakan sebarang bayaran tol.

Tarikan lain adalah di dalam bentuk bayaran BR1M, baucar buku kepada pelajar, bantuan persekolahan kepada keluarga miskin, program eRezeki dan eUsahawan, pembinaan 175,000 unit rumah PR1MA, pinjaman mikro kepada peniaga kecil dan sederhana, program kebajikan dan pembangunan komuniti orang Orang Asli, dan penambahan kepada beberapa jenis potongan cukai.
Namun sama ada sentimen rakyat akan menjadi positif sepenuhnya akibat bajet ini boleh dipertikaikan. Ini kerana kerajaan juga telah mengurangkan peruntukan kepada banyak kementerian yang akan menjejaskan kebajikan banyak golongan. Antara lain ialah pemotongan peruntukan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi sebanyak RM2.4 billion yang mengakibatkan peruntukan untuk universiti-universiti dikurangkan sebanyak RM1.442 billion. Yuran pengajian pada peringkat ijazah tinggi besar kemungkinan akan terpaksa dinaikkan selepas ini. Yang paling teruk terjejas ialah Universiti Malaya yang dipotong peruntukan sebanyak 27.3 peratus. Ini bermakna besar kemungkinan peruntukan kerajaan kepada Universiti Malaya untuk tahun 2016 tidak akan dapat menampung kos penggajian staf untuk tahun itu.

Kementerian Komoditi dan Perladangan juga telah mengalami pemotongan peruntukan sebanyak 60.76 peratus. Kesannya akan dirasai oleh pengguna kerana harga minyak masak kemungkinan besar akan naik akibat pengurangan subsidi. Pemotongan peruntukan kepada Kementerian Pengangkutan besar kemungkinan akan mengakibatkan kenaikan harga tiket keretapi dan kapalterbang dari beberapa tempat pendalaman. Pemotongan peruntukan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mengurangkan subsidi bil elektrik yang akan memberi kesan kepada keluarga miskin yang menggunakan elektrik kurang dari RM20 sebulan. Pemotongan peruntukan lain yang agak memeranjatkan ialah peruntukan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang melibatkan agensi penting seperti Mida, MPC, Matrade, dan SME Corp. Pemotongan sebanyak 44 peratus kepada Matrade adalah memeranjatkan kerana kerajaan di dalam proses menandatangani perjanjian TPPA. Bantuan kepada pengeksport adalah sangat penting apabila persaingan dalam pasaran antarabangsa menjadi lebih sengit nanti. Pemotongan peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula adalah tidak secocok dengan laungan kerajaan tentang keprihatinan mereka kerana ia melibatkan program Vaksinasi HPV dan program mammogram.

Satu perkara yang sangat merunsingkan ialah walaupun banyak pemotongan dilakukan kepada berbagai peruntukan yang penting, namun peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri telah ditambah lebih dari RM1 billion. Perdana Menteri patut memberi penjelasan kerana jika tidak, ini akan menimbulkan persoalan kenapakah wang tersebut tidak diagihkan secara terus kepada berbagai kementerian kerajaan sebagai badan pelaksana program kerajaan untuk manfaat masyarakat? Tanpa penjelasan yang munasabah, ramai akan bertanggapan bahawa apa yang sedang berlaku ialah Perdana Menteri ingin membolot semua kredit dari perbelanjaan kerajaan untuk tujuan mengukuhkan kedudukan politik beliau.

Seterusnya aspek yang membimbangkan belanjawan ini ialah ianya masih lagi belanjawan defisit sebanyak 3.1 peratus, yang bermakna kerajaan Malaysia sudah melaksanakan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut. Dalam kaedah Islam, hutang sepatutnya diselesaikan segera dan bukan ditangguhkan. Lebih teruk lagi ialah ianya ditambahkan. Tetapi di dalam kes belanjawan negara kita, walaupun nisbah hutang kerajaan berbanding KNK negara naik sedikit sahaja ke 55 peratus (berbanding 54 peratus), namun ini bermakna hutang terkumpul semakin meningkat. Berdasarkan ramalan IMF, jumlahnya akan menghampiri RM1 trillion pada tahun 2020. Ini bermakna kerajaan akan tertekan untuk mencari sumber dana untuk menyelesaikan beban hutang ini dan oleh itu besar kemungkinan ianya akan datang dalam bentuk kadar GST yang semakin meningkat. Inilah realiti yang sedang berlaku di negara lain. Sebagai contoh di Jepun, kadar GST nya yang dahulu hanya 5 peratus telah meningkat menjadi 8 peratus sekarang dan dirancang utk dinaikkan ke tahap 10 peratus pada tahun hadapan.

Hutang isi-rumah dijangkakan akan meningkat juga. Pada tahun 2014 nisbah kepada KNK adalah 87 peratus. Oleh itu adalah dianggarkan pada tahun 2015, ianya sudah melepasi angka RM1 trillion. Ini adalah satu situasi yang membahayakan kerana jika berlaku kejatuhan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, ramai keluarga akan terkesan dengan hebat.

Respon rakyat kepada bajet ini mungkin bercampur-campur. Bagi yang sangat banyak mendapat faedah, seperti penduduk di Sabah dan Sarawak, sudah tentu mereka akan gembira dengan bajet ini. Begitu juga kumpulan lain seperti ahli beberapa NGO yang akan mendapat peruntukan sebanyak RM160 juta, usahawan yang mendapat manfaat secara langsung dari program TEKUN, dan mereka yang mendapat duit bantuan BRIM. Mereka semua akan berasa terhutang budi kepada kerajaan kerana bajet mempunya banyak aspek yang memberikan duit secara terus ke dalam poket mereka. Namun ada kemungkinan lambat laun mereka akan berasa tidak puas hati apabila menyedari bahawa mereka masih lagi terpaksa membayar GST setiap kali berbelanja di restoran dan supermarket, dan juga terpaksa membayar kenaikan kos tol (bagi mereka yang menggunakan lebuh raya). Mereka juga mungkin akan berasa tidak puas hati apabila kos kehidupan naik akibat dari inflasi.
Sebenarnya walaupun cukai GST, tol dan sebagainya memberi kesan kepada kenaikan kos kehidpuan, namun punca utama kepada kenaikan kos kehidupan adalah sebenarnya sistem kewangan yang kita amalkan di negara kita yang berasaskan kepada amalan riba. Sistem ini akan menggalakan orang untuk berhutang. Apabila jumlah hutang meningkat dengan cepat, jumlah wang juga akan meningkat dan sudah tentu inflasi akan berlaku. Ini adalah satu fenomina yang berlaku di hampir kesemua negara yang beramal dengan sistem riba termasuk di negara maju. Jika masih ramai yang terus berhutang untuk membeli rumah dan lain-lain, ini bermakna harga rumah dan barang lain akan terus naik dan akan memberi kesan kepada kos kehidupan mereka.

Tetapi rakyat yang kurang faham bagaimana sistem kewangan boleh menghasilkan masalah ini akan mengaitkan masalah kenaikan kos kehidupan secara langsung dengan beberapa perkara sahaja iaitu tren kejatuhan ringgit, tren pengurangan subsidi dan pelaksanaan GST oleh kerajaan. Tambahan pula, ada banyak berita di media sosial dan internet yang melaporkan tuduhan pembaziran dan ketirisan di pihak kerajaan yang menghasilkan keadaan di mana hanya segelintir dari rakyat yang berpengaruh mendapat habuan yang sangat banyak sedangkan sebahagian besar yang lain hidup dalam keadaan susah dan melarat. Sudah tentu ini akan membuat rakyat bertambah tidak puas hati kerana mereka akan merasakan mereka telah dizalimi.

Jika perasaan ini meluas dikalangan rakyat, sudah tentu mereka akan menuntut agar berlaku perubahan di dalam masyarakat, terutama dari aspek kuasa politik. Adalah diharapkan perasaan tidak puas hati ini tidak akan menghasilkan suasana kacau bilau yang akan merugikan semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.

Apa yang dapat dirumuskan ialah sebenarnya Bajet 2016 tidak akan mampu menangani masalah dan cabaran ekonomi yang sedang dan akan dihadapi oleh negara kita. Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan adalah sebenarnya sangat serius dan perlu kepada beberapa langkah penting dalam jangka pendek dan panjang. Dalam jangka pendek kerajaan perlu melakukan perkara berikut:

I. Menambahkan tahap ketelusan dalam pengurusan kewangan kerajaan. Dengan cara ini perasaan syak wasangka dan tidak puas hati di kalangan rakyat akan dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.
II. Elemen pembaziran dan ketirisan dalam pentadbiran kewangan kerajaan, serta amalan korupsi dan penyalahgunaan kuasa mesti dihapuskan dengan serta merta.
III. Pelaksanaan projek kerajaan mestilah dilihat dilaksanakn dengan cara yang adil. Keadaan di mana persepsi bahawa hanya segelintir dari masyarakat yang mempunyai hubungan politik sahaja mendapat faedah dan manfaat dari perbelanjaan kerajaan mesti diatasi. Persepsi itu sekarang ini amat meluas dan selagi ianya tidak ditangani dengan berkesan, akan menimbulkan suasana tidak puas hati yang berleluasa di kalangan masyarakat.

Dalam jangka panjang, perubahan-perubahan diatas masih tidak akan menjamin kesejahteraan di dalam masyarakat. Daripada apa yang kita dapat lihat di negara lain, sebenarnya langkah meningkat pendapatan negara sahaja tidak akan mampu menjamin kesejahteraan hidup kepada rakyat. Sebagai contoh, di negara berpendapatan tinggi seperti Greece, Sepanyol, Amerika, Britain dan Jepun, ramai dari kalangan rakyat mereka hidup dalam keadaan sengsara. Sebagai contoh, di Amerika syarikat lebih dari 17 peratus rakyat adalah dalam golongan miskin, di Jepun ialah lebih dari 15peratus, di Sepanyol ialah 21 peratus dan di Greece ialah 30 peratus. Kerajaan di negara tersebut juga banyak memotong peruntukan kerana hutang kerajaan mereka juga amat tinggi. Sebagai contoh nisbah hutang kerajaan Jepun berbanding KNK adalah hampir 250 peratus , di Amerika Syarikat ialah 96 peratus, di UK ialah 97peratus, Spain 97.2 peratus, dan Greece ialah 158 peratus (berbanding 55 peratus di Malaysia). Oleh itu kerajaan negara tersebut juga telah terpaksa melakukan pemotongan kepada perbelanjaan dan akibatnya ramai golongan miskin merana. Kes gelandangan di negara-negara di atas adalah serius, bahkan lebih serius berbanding Malaysia.

Hakikat sebenar ialah selagi amalan riba berleluasa dalam masyarakat, kesejahteraan dari segi ekonomi tidak akan dapat dicapai. Oleh itu, dalam jangka panjang kita juga wajib mematuhi ajaran al Quraan berkenaan Riba. Sistem kewangan yang berasaskan kepada amalan riba mesti dihapuskan. Selagi sistem ini berleluasa dan berkembang dengan pesat, selagi itulah masalah ekonomi dan kewangan masyarakat tidak akan dapat diselesaikan dan lambat laun kita akan mengalami masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara lain juga.

Namun sistem kewangan Riba ini tidak akan dapat dihapuskan jika nilai masyarakat adalah nilai yang berasaskan kepada kebendaan, keduniaan dan kemewahan. Nilai-nilai tersebutlah lah yang diamalkan di Eropah dan akibatnya sistem kewangan berasaskan riba dapat berkembang dengan maju dan seterusnya menghasilkan berbagai masalah yang dihadapi mereka sekarang.

Oleh itu, disamping mewujudkan sistem pemerintahan yang adil, telus, demokratik dan saksama, kita juga semua mesti berusaha untuk menanamkan nilai Islam yang sebenar dalam masyarakat di mana rakyat bukan berlumba-lumba mencari kekayaan dunia tetapi berlumba-lumba mengejar pahala dengan cara berinfaq dan amal solih yang lain. Dengan cara inilah sebuah sistem ekonomi dan kewangan yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar akan dapat diwujudkan, di mana institusi Waqf menggantikan institusi perbankan sebagai institusi terpenting di dalam sistem ekonomi. InshaAllah dengan itu kita dan juga generasi akan datang akan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang sebenar di negara kita yang tercinta ini.

3/03/2015

Apa itu Pelan Persaraan Swasta?



PRS secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan. 

Objektif PRS adalah untuk memberi pilihan bagi skim yang sedia ada untuk seluruh rakyat Malaysia, sama ada bekerja atau bekerja sendiri, secara sukarela untuk menambah dana persaraan mereka di bawah skim yang berstruktur dan dikawal selia.

Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana kini pelabur boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka sendiri. 

Tujuan Dana PRS adalah untuk memberikan pulangan jangka panjang untuk ahli-ahli menerusi satu kerangka yang dikawal selia. Aset bagi setiap PRS diasingkan daripada Penyedia PRS dan ditempatkan di bawah pegangan amanah yang dikendalikan oleh Pemegang Amanah Skim bebas.

PRS membentuk aspek penting dalam industri pencen swasta dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia di masa persaraan melalui simpanan tambahan.


2/28/2015

Kaya Realiti Papa

'Jangan berasa malu untuk hidup sederhana tetapi berasa malulah kalau berpura-pura hidup kaya'



**********************************************
Nama: Mohd Rahimi Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/


********************************************

2/06/2015

Bermula Dalam Pelaburan Unit Amanah

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, istilah “pelaburan unit amanah” melibatkan beberapa langkah mudah di mana individu mendepositkan wang ke dalam satu dana dan kemudian menunggu peningkatan nilai dengan sabar tanpa perlu risau tentangnya. Alangkah bagus jika ia semudah itu, betul? Baiklah, anda bertuah kerana pelaburan unit amanah sememangnya tidak begitu sukar dan dalam risalah ini kita akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk bermula!

Dengan beratus-ratus dana unit amanah untuk dipilih, bagaimanakah caranya untuk anda membuat keputusan pelaburan? Sebagai panduan umum, sentiasa ingat bahawa dana unit amanah berfungsi dengan bagus sebagai pelaburan jangka panjang. Dengan memahami sifat setiap dana dan menilai ketahanan risiko sendiri, anda dapat memilih dana yang menyediakan sama ada aliran pendapatan yang tetap mahupun pertumbuhan modal, atau gabungan kedua-duanya. Dengan mengembangkan pelaburan anda dalam dana-dana amanah yang berbeza, anda dapat menghasilkan portfolio unit amanah yang unik yang mana mampu mengawal risiko di samping menjana potensi pulangan. Sekarang ayuh kita bermula! 



**********************************************
Nama: Mohd Rahimi Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/

********************************************

1/02/2015

Rahsia Teknik Untuk Melabur Saham Amanah/Unit Trust Tanpa Modal

Apakah yang dimaksudkan dengan melabur Amanah Saham/Unit Trust tanpa modal? Adakah  hal ini benar? Sebenarnya ini adalah teknik yang masih tidak ramai daripada kita gunakan atau ambil kesempatan. Saya berpendapat ini adalah suatu kerugian yang sangat besar bagi PEKERJA SEKTOR SWASTA kerana teknik ini tidak melibatkan KOMITMEN BULANAN dan tiada komitmen dalam SLIP GAJI.

Cara yang saya maksudkan ialah mengeluarkan sedikit simpanan dari Akaun 1 KWSP atau EPF anda, dan dilaburkan. Ramai orang yang telah melakukannya (bagi yang sudah mengetahuinya, syabas.)...tetapi masih ramai yang terlepas info ini.

Mungkin ada yang berfikir tindakan ini  kurang bijak kerana meletakkan risiko ke dalam tabung KWSP untuk pencen saudara....TETAPI............

Ingin saya tekankan ini adalah pelaburan yang selamat, rendah risiko dan dijamin oleh Suruhanjaya Sekuriti. Tambahan pula, kerajaan terutamanya KWSP tidak mungkin mencadangkan kaedah ini kepada ORANG RAMAI, jika ianya berisiko tinggi! KERAJAAN membenarkan Akaun 1 dikeluarkan untuk pelaburan ke dalam DANA TERPILIH OLEH KERAJAAN sahaja. Maksudnya, DANA YANG BERPOTENSI UNTUNG ATAU MEMBERI PULANGAN MELEBIH DARI KWSP MAMPU BERIKAN.

Oleh itu, saya ingin kongsikan TEKNIK MELABUR AMANAH SAHAM/UNIT TRUST TANPA MODAL yang sangat bijak dan menguntungkan. Hal ini bukan gurauan kerana untungnya adalah antara yang TERBESAR..purata 10%-15% dan sememangnya terdapat dana yang mampu untuk pergi jauh dari 15%.. Terdapat dana yang pulangannya melebihi 25% setahun.


Melabur menggunakan KWSP ini boleh dilakukan setiap 3 bulan sekali untuk mendapat faedah KOS PURATA RINGGIT yang sememangnya menguntungkan para pelabur.


6 langkah-langkah untuk memulakan pelaburan Amanah Saham/Unit Trust Tanpa Modal atau melalui KWSP:

1) Saya sebagai Penasihat Kewangan akan memberikan penerangan dan nasihat berkenaan pelaburan amanah saham/unit trust. Dana mana yang menjadi pilihan, kerana terdapat lebih 320+ DANA yang mampu dipilih. DANA islamik? DANA konvensional? Kesilapan memilih akan menyebabkan saudara RUGI.

2) Saudara perlu mendapatkan nombor akaun KWSP anda.
-  Saudara boleh menelefon  untuk bertanya kepada Khidmat Pelanggan KWSP 03-89226000 atau
- Pergi ke Pejabat KWSP dan semak berapakah jumlah simpanan anda dalam Akaun 1. Senang sahaja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan, selepas pengesahan cap jari, anda boleh semak dan cetak status akaun anda serta merta.
- Kalau saudara mempunyai akses internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan online KWSP,   log-in di http://www.kwsp.gov.my/ dan anda boleh semak status akaun anda.

3) Untuk mengetahui jumlah yang boleh dikeluarkan untuk pelaburan Amanah Saham/Unit Trust, saudara boleh menggunakan kalkulator di web KWSP untuk mendapatkan anggaran jumlah simpanan anda yang boleh dikeluarkan dari simpanan KWSP untuk tujuan pelaburan. Ianya adalah 20% daripada baki asas jumlah Akaun 1.

   * PENTING ! Syarat Kelayakan...pastikan Wang di dalam KWSP anda melebihi nilai simpanan asas dalam jadual (jadual simpanan asas kwsp berkuatkuasa 2014) mengikut UMUR...di bawah:

Contoh Pengiraan Pelaburan Amanah Saham/Unit Trust:

Umur Pelabur = contoh= 35 Tahun
Duit dalam akaun 1 KWSP ( boleh check sendiri dengan KWSP anda) =  contoh= RM78,000.00
Simpanan Asas Umur 35 Tahun = RM46000 (check kat jadual atas)
Maka;

= (RM78,000 - RM46,000 ) X 20%
= RM32, 000 X 0.2
= RM6, 400

4) Setelah anda pastikan kelayakan had pengeluaran saudara dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Muka hadapan dan muka belakang IC anda hendaklah di muka yang sama di atas kertas A4 tersebut. Atasnya front side dan bawahnya back side IC.


5) Langkah seterusnya, berjumpalah penasihat kewangan atau consultant saudara dan beliau akan membantu anda melengkapkan borang-borang berkaitan. Saudara akan diminta menandatangani dan cap jari (kiri & kanan) ditempat-tempat yang berkenaan. Jangan lupa pula bawa sekali fotokopi IC beserta nombor akaun KWSP.

6) Agen anda akan menyelesaikan langkah-langkah seterusnya. Setelah pihak KWSP meluluskan permohonan pengeluaran saudara dan wang anda diterima oleh pihak pengurusan amanah saham/unit trust yang anda sertai, mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan pelaburan anda. Antara lain yang dinyatakan ialah nombor akaun dana yang anda sertai, jumlah wang yang diterima dan jumlah unit yang diperolehi. Dengan ini, anda telah secara rasminya menyetai amanah saham/unit trust melalui pengeluaran pelaburan ahli KWSP. Tahniah!

Beberapa tips dan peringatan untuk memudahkan urusan anda.

(a) Pastikan fotokopi IC anda jelas. Boleh dibaca. Tidak overlap antara muka depan dan muka belakang IC anda. Tidak terputus, imej IC anda tidak diletakkan terlalu ketepi kertas A4 hingga terputus imejnya. Warna fotocopy hitam putih sahaja.

(b) Untuk elakkan fotokopi jadi kabur, jangan fotokopi daripada kertas fotokopi IC anda (duplicate copy).

(c) Isi borang dengan ballpen hitam sahaja. Lain color TIDAK dibenarkan.

(d) Cap jari (ibu jari kiri dan kanan) mesti jelas.

(e) Sila bulatkan amaun pengeluaran KWSP anda. Contohnya RM2593.80, lebih baik dijadikan RM2590.00 (bulatkan ke amaun yang rendah). Ini akan memudahkan kakitangan KWSP memproses permohonan anda.

(g) Kalau belum lagi mendaftar perkhidmatan online KWSP, digalakkan daftar apabila ke pejabat KWSP. Apabila 3 bulan akan datang apabila anda layak mengeluarkan lagi wang KWSP untuk pelaburan, anda boleh semak terus secara online. 

PENTING

Peringatan untuk anda semua terdapat lebih dari 320+ Dana Saham Amanah/Unit Trust di pasaran. Saudara diingatkan untuk mendapatkan nasihat dari profesional kerana tersilap memilih dana akan menyebabkan anda kerugian.

Jangan memilih dana berdasarkan branding kerana yang terbaik tidak semestinya popular, dan yang popular tidak semestinya yang terbaik. Percayalah untuk memaksimumkan keuntungan anda perlu memilih dana yang TEPAT.

Ramai yang masih keliru antara syarikat dan dana. Dana adalah produk keluaran syarikat. Sesuatu syarikat akan mengeluarkan lebih dari 10+ dana. Itu yang saya maksudkan terdapat lebih 300+ dana. Syarikat cuma ada 20+ di  Malaysia dan jangan bimbang mengenai syarikat kerana syarikat tersebut walaupun tidak popular tetapi ianya telahpun dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti yang akan melindungi pelabur.
Boleh rujuk di sini untuk mendapatkan senarai dana-dana dari syarikat pengurusan dana.
Senarai dana-dana Amanah saham KWSP

Apa yang penting adalah memilih dana bukannya syarikat.




**********************************************
Nama: Mohd Rahimi Radzi
Hotline : 012-4466066
Email: mohdrahimiradzi@gmail.com
Blog : http://rahimiradzi.blogspot.my/

********************************************