12/05/2016

Haramkah Insurans Konvensional?


Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila satu rancangan realiti televisyen keagamaan memaparkan situasi kontroversi. Dalam situasi tersebut seorang juri bertanyakan soalan kepada tiga peserta yang ingin diangkat sebagai ikon dakwah di Malaysia berkenaan hukum seseorang Muslim membeli insurans nyawa konvensional.

Apa yang berlaku adalah ketiga-tiga peserta terbabit memberikan jawapan “harus” kepada persoalan tersebut. Di sini timbulnya satu persoalan. Di sini timbulnya satu persoalan, sejauh manakah  pengetahuan dan kesedaran masyarakat Muslim di negara ini berhubung hukum berkaitan insurans dan takaful?

Memetik kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia , Datuk Seri Mohammed Hassan Kamil, sehingga tahun 2015, kira-kira 45% penduduk Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu produk insurans. Namun kurang daripada 15% yang mempunyai takaful.

Ini menunjukkan bahawa masih ramai umat Islam tidak mengambil berat mengenai pemilihan produk takaful berbanding insurans konvensional sebagai pengurusan kepada pelbagai risiko tertentu.
Mungkin ada yang memilih insurans konvensional kerana ia berpendapat ia lebih menguntungkan dan tampak lebih menyakinkan berbanding produk takaful.malah ada pandangan bahawa tidak menjadi kesalahan sama ada memilih insurans konvensional atau takaful, asalkan memberi keuntungan maksimum kepada pembeli atau penyumbang.

Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional

Insurans konvensional kebanyakan adalah berbentuk penjualan polisi insurans. Dalam sistem ini, pembeli akan membayar premium kepada syarikat insurans dan duit tersebut akan dimasukkan dalam akaun syarikat serta menjadi hak milik syarikat tersebut.

Duit premium terkumpul itu akan dilaburkan oleh syarikat terbabit dalam pelaburan yang dianggap paling menguntungkan, tanpa ada badan pengawasan sama ada pelaburan tersebut patuh syariah ataupun tidak.

Syarikat hanya akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan polisi diambil dan lebihan keuntungan daripada pelaburan tersebut akan masuk kembali ke dalam akaun syarikat. Pemegang polisi tiada hak terhadap surplus itu.

Berbanding insurans konvensional, takaful tidak menggunakan konsep jual beli dalam produk mereka, tetapi kebanyakan menggunakan model akad wakalah (agensi) dan tabarru’ (sumbangan). Dalam model ini, syarikat pengendali takaful dilantik oleh penyumbang sebagai wakil bagi menguruskan sejumlah wang untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan.
Sejumlah wang yang diterima ini bukanlah milik syarikat takaful, tetapi hanyalah sebagai pengurus kepada wang tersebut. Untuk kos pengurusan ini, syarikat takaful akan mengambil sejumlah upah ataupun al-ujr.

Disamping menguruskan sumbangan diterima, ia berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan  wang yang belum didermakan ke dalam pelaburan patuh syariah. Pelaburan ini dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat pengendali takaful.

Sekiranya syarikat terbabit Berjaya mendapatkan keuntungan daripada pelaburan, syarikat akan mengambil komisen ataupun ju’alah dan selebihnya dimasukkan kembali ke dalam tabung takaful.
Mana-mana tuntutan pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana dikumpulkan dalam tabung takaful tadi. Pembayaran tuntutan adalah berdasarkan konsep derma atau tolong menolong. Terdapat juga produk takaful lain yang menggunakan model tabarru’ dan mudharabah.

Jika diperhatikan, perbezaan ketara antara insurans konvensional dan takaful ialah pada gharar (ketidaktentuan), maisir (perjudian) dan riba. Di mana, insuran konvensional terdedah kepada gharar, maisir dan riba apabila menggunakan kontrak jual beli.

Konsep ini akhirnya membawa kepada kontrak yang tidak sah ataupun haram berbanding takaful yang menggunakan akad tabarru’ serta dipantau oleh panel syariah.

Sehubungan itu, umat Islam perlu sedar, perkara halal bukan hanya makanan dan minuman daripada sumber yang halal, bahkan dalam pengurusan risiko juga perlu untuk menggunakan produk halal yang bebas riba dan gharar.

Lebih membimbangkan, Allah dan RasulNya turut mengisytiharkan perang terhadap pelaku dan pemakan riba.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke- 89 memutuskan bahawa orang Islam dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba.





Oleh Muhammad ‘Arif Muhamad Zamani dan Muhammad Khairul Ariff Ruslan
Mahasiswa Sarjana mUda Syariah dan Undang-undang, USIM
UM 12 DISEMBER 2016


11/12/2016

Ketenangan Pembiayaan Kewangan Islam

Panduan bermualamat digariskan Islam semakin berkembang  serta diterima di peringkat global

Kelebihan Perbankan Islam: Pembiayaan Perumahan dan Kenderaan

Kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan adalah impian setiap insan. Syariat Islam memberikan penjelasan berkenaan mekanisme mencapai kebahagian dan ketenangan bagi manusia.

Selain tatacara beribadat dan lain-lain kewajipan, Islam mendatangkan panduan bagi urusan kewangan dan transaksi harian

Bertitik tolak daripada panduan bermualamat digariskan Islam, produk kewangan dan perbankan tanpa faedah mula diperkenalkan dan sehingga kini ia berkembang dan diterima di peringkat global.

Pencapaian ini adalah impak usaha kerajaan memperkasakan Malaysia sebagai hab industri. kewangan Islam serantau.

Ciri unik perbankan Islam

Kontrak syariah diguna pakai dalam perbankan Islam adalah berbeza dengan konvensional.

Perbankan Islam  memperoleh keuntungan dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam. Keuntungan terhasil daripada kontrak jual beli, sewaan, perkongsian untung rugi dalam pelaburan dan beberapa kontrak lain yang diiktiraf syariah.

Institusi Kewangan Islam (IKI) sentiasa menjalankan tanggungjawab dan menunaikan hak pelanggan dalam menjalankan aktiviti muamalatnya.

Tadbir urus yang baik, ketelusan maklumat dan akauntabiliti serta keadilan adalah nilai dan prinsip IKI ke arah mencapai salah satu maqasid atau matlamat syariah dalam penjagaan harta (hifz al-mal)

Produk pembiayaan perumahan secara Islam dan kelebihannya

Ada 2 jenis kontrak syariah bagi pembiayaan perumahan yang banyak diguna pakai iaitu Tawarruq dan Musyarakah Mutanaqisah.

Konsep Musyarakah Mutanaqisah ialah konsep perkongsian berkurangan yang berakhir dengan pemilikan tunggal.

Contoh aplikasi konsep Musyarakah Mutanaqisah boleh dilihat dalam pembiayaan perumahan apabila pelanggan yang ingin membeli hartanah memohon pembiayaan daripada pihak Institusi Kewangan Islam tertentu.

Institusi Kewangan Islam dan pelanggan akan membeli hartanah berkenaan secara perkongsian mengikut kadar tertentu.

Pelanggan dikehendaki membayar bayaran pendahuluan (yang akan menjadi bahagian pemilikan pelanggan) dan seterusnnya Institusi Kewangan Islam akan menyewakan hartanah berkenaan ( bahagian pemilikan Institusi Kewangan Islam).

Bayaran bulanan atau sewa daripada pelanggan akan menambahkan kadar pemilikan pelanggan sehingga akhirnya pelanggan akan memiliki sepenuhnya hartanah berkenaan.

Kelebihan ketara produk pembiayaan perumahan secara Musyarakah Mutanaqisah ialah Institusi Kewangan Islam akan bersama-sama dengan pelanggan membeli hartanah mengikut kadar dipersetujui.

Ini bermakna, Institusi Kewangan Islam dan pelanggan adalah pemilik bersama hartanah berkenaan. Sekirannya berlaku masalah seperti projek terbengkalai dan tidak dapat diteruskan, Institusi Kewangan Islam akan memulangkan bayaran ansuran dalam tempoh pembinaan yang sudah dibayar pelanggan.

Selain itu, Institusi Kewangan Islam akan menangung jumlah kerugian atas jumlah wang pengeluaran yang sudah dibayar kepada pihak pemaju atas dasar perongsian dalam kontrak ini demi mengelakkan daripada mana-mana pihak dizalimi dalam perjanjian dimaterai.

Kelebihan lain, adalah penawaran kemudahan tunai kepada pelanggan produk pembiayaan perumahan Musyarakah Mutanaqisah sekirannya pelanggan ada membuat prabayar.

Kemudahan tunai ini boleh diperoleh pelanggan melalui penjualan pemilikannya ke atas rumah yang dikongsi dengan pihak bank. Kemudahan tunai ini juga boleh dimohon sekirannya pelanggan ada membuat lebihan bayaran bulanan atau sewa.

Produk ini juga memberi kemudahan untuk pelanggan membuat penyelesaian awal. Ini bererti pelanggan yang ada kemampuan atau lebihan wang dan ingin menyelesaikan bayaran baki pembiayaan boleh melakukannya pada bila-bila masa tanpa caj penyelesaian awal.

Pembiayaan Kenderaan secara Islam

Pembiayaan kenderaan secara al-Ijarah thumma al-Bai’ (AITAB) membabitkan 2 jenis kontrak sewaan (ijarah) disusuli kontrak jual beli (al-bai).

Institusi Kewangan Islam akan memeterai perjanjian ijarah dengan pelanggan. Seterusnya, Institusi Kewangan Islam akan membeli kenderaan yang sudah dipilih pelanggan. Kemudiannya, Institusi Kewangan Islam akan menyewakan kenderaan berkenaan kepada pelanggan bagi satu tempoh tertentu.

Pada akhir tempoh sewaan, Institusi Kewangan Islam dan pelanggan akan memeterai satu perjanjian jual beli atau al-bai dan hak milik kenderaan berkenaan akan berpindah daripada Institusi Kewangan Islam kepada pelanggan.

AITAB adalah solusi pembiayaan kenderaan patuh syariah daripada sewa beli perbankan konvensional.

Antara kelebihan AITAB adalah apabila berlaku kematian pelanggan, waris tidak perlu membayar apa-apa sekirannya pelanggan dipulangkan kepada Institusi Kewangan Islam. Selain itu, Institusi Kewangan Islam akan menanggung kerugian sekirannya berlaku kejadian “Force Majeure” yang tidak dapat dielakkan.

Selain menawarkan harga yang kompetitif dan mempunyai kadar siling atau kadar tetap, Institusi Kewangan Islam hanya mengenakan caj pembayaran lewat (ta’widh) yang rendah sekirannya pelanggan lewat membuat bayaran bulanan atau sewa.

Oleh Mohd Faiz Rahim
Ketua Jabatan Syariah, Affin Islamic Bank Berhad
HM 11 November 2016

Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN






11/10/2016

Tukar Segera Kad Bayaran (Kad Kredit & Debit) Berasas PIN

Pemegang diberi masa sehingga akhir tahun: BNM

Bermula 1 JANUARI 2017, pemegang kad (kad kredit dan kad debit) perlu memasukkan PIN apabila membuat pembayaran menggunakan kad di terminal pusat jualan.




Orang Bujang dan Hutang




Selalunya sesetengah orang bujang tidak mahu berfikir panjang apabila ada banyak duit. Mereka tidak mahu fikir sangat pasal menguruskan duit.

Maklumlah orang bujang. Tanggungjawab tak banyak. Kalau ada pun, mungkin membayar ansuran kereta atau pinjaman pelajaran seperti PTPTN. Selebihnya, selagi ada duit di tangan, mereka akan berbelanja mengikut kehendak hati. Menukar telefon atau gajet baru berharga yang kadang-kadang tidak diperlukan sangat, membeli pakaian atau aksesori berjenama mahal.

Bagi orang bujang lelaki, kerana hendak menunjuk dirinya ada banyak duit, mereka akan belanja makan teman wanita di tempat yang eksklusif.

Soal hendak membuat simpanan dan pelaburan kadang-kadang tidak terlintas dalam fikiran segelintir orang bujang.

Jadi, atas sebab itulah, orang bujang adalah antara golongan yang paling banyak berhutang berbanding mereka yang berkeluarga.

Berikut ada cerita yang menggambarkan kehidupan orang bujang yang Berjaya tetapi boros.

Ia mengisahkan Dr Azam, lelaki muda dan Berjaya. Pada umur 33 tahun dia hampir memiliki semuannya, 2 buah kereta, tinggal di kondominium dan mempunyai kerjaya membanggakan.
Dr Azam berasakan dia berhak memiliki gaya hidup serba mewah kerana sudah bekerja keras dan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi seorang doctor pakar. Dia yakin mampu membeli apa saja yang diinginkan.

Dr Aazam terlalu banyak bergantung kepada kad kredit. Dia berpendapat dengan gaji 5 angka sebagai doctor pakar, tidak perlu bimbang dengan masa depannya. Apa yang penting adalah keseronokan serta merta dengan membeli semua kehendak nya menggunakan 5 kad kredit yang dimilikinnya.

Dr Azam tidak ada bajet untuk menjejak aliran tunainya. Lama kelamaan dia tidak mampu membayar ansuran keretanya dan hampir tidak dapat membuat bayaran minimum untuk semua kad kreditnnya. Keadaan semakin meruncing apabila sewa kondominium juga tertunggak selama 3 bulan.
Berhadapan dengan tindakan pengusiran, Ddr Azam didesak semua pemiutang supaya membayar hutang dengan segera. Sebuah keretannya ditarik oleh pihak bank. 

Tanpa disedari, Dr  Azam dibelenggu hutang yang sudah mencecah RM120,000. Takut akan diisytiharkan bankrap, dia mengambil keputusan mendapatkan bantuan AKPK.

Pengajaran daripada cerita Dr Azam ini ialah janganlah ghairah hidup mewah atau memikirkan keseronokan saja semata-ata masih bujang, bergaji besar dan bekerjaya bagus. Hutang juga tidak mengenal mangsa.

Oleh itu adalah penting untuk menguruskan bajet kita. Jangan ghairah sangat memiliki kad kredit. Kalua perlu sangat, cukuplah memilliki satu atau dua kad kredit. Sebaik-baiknya ada satu sahaja.
Adalah dicadangkan menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan. Lebih baik kita boleh simpan dan melabur 15% -20% daripada pendapatan bulan (gaji) kerana kita akan mempunyai lebih banyak duit pada masa hadapan.

Panduan memupuk tabiat menabung

Menabung sebelum berbelanja
Manabung dan melabur sekurang-kurangnya 10% daripada gaji atau pendapatan kita.
Menabung  dan melabur secara automatk dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya.

Dorong diri dengan sasarkan matlamat
Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri kita menabung
Kita boleh menetapkan matlamat jangka pendek, sederhana, dan panjang.

Jadikan tabiat
Selepas membuat simpanan dan pelaburan 10% daripada gaji kita, cabar diri sendiri untuk meningkatkan tabungan secara beransur-ansur.

Simpan dan laburkan sebahagian durian runtuh
Setiap kali terima duit seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan dan pelaburan.
Kalua kita menerima kenaikkan gaji, tinggkatkan jumlah simpanan dan pelaburan kita.

Menabung untuk kecemasan
Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang kejadian tidak diduga boleh menyebabkan kita hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Ada kalanya kita mungkin memerlukan jumlah duit yang banyak dalam masa yang singkat untuk menghadapi masalah yang kita hadapi.

Kebiasaanya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan kalau kita kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan yang serius dengan tiba-tiba atau akibat kos membaiki kerosakan rumah atau kereta. Kalau kita atau pasangan kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar.

Dalam keadaan begini adalah penting untuk kita mempunyai tabungan untuk menanganinnya. Sebagai panduan, kita perlu mempunyai  simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas kita selama 3 hingga 6 bulan. Keadaaan akan bertambah buruk jika kita perlu meminjam untuk mengatasi masalah yang timbul.


Selain menabung untuk tujuan kecemasan, bajet atau perancangan perbelanjaan jua boleh membantu kita menyimpan untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang bernilai besar.

Ramai Tak Peka Isu Hibah Unit Amanah

Kedua-dua perkhidmatan ini memudahkan pelabur untuk menamakan pewaris yang bakal menjadi penerima mutlak pelaburan selepas kematian pelabur berkenaan.

Ketika ini, hanya 5% pelabur Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan perancangan harta pusaka iaitu Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah

Jumlah itu amat rendah berbanding jumlah unit pelaburan keseluruhan.

Dengan pendaftaran Hibah Amanah dan Pengagihan Amanah membolehkan waris menuntut pelaburan selepas berlaku sebarang kematian.

Hibah Amanah adalah perkhidmatan pengurusan harta oleh ASNB yang berlandaskan syariah menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan harta.

Pengistiharaan Amanah pula menyediakan perkhidmatan sama kepada pelabur bukan Islam.




# Perkhidmatan yang sama juga turut ditawarkan oleh syarikat unit amanah yang lain di Malaysia seperti Public Mutual, CWA dan lain-lain lagi.

11/09/2016

Cara Mengenal Pasti Ketulenan Emas


Sikap tamak kerana mahu mengaut keuntungan segera menyebabkan ramai terbeli emas palsu.

Kita didedahkan kewujudan jongkong dan barang kemas yang sengaja dicampur logam tungsten untuk menipu orang ramai.

Kaedah menambah berat pada jongkong atau perhiasan emas itu dikesan dilakukan oleh sendiket yang menawarkan emas itu pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Kebiasannya mereka ini membeli emas melalui online. Golongan ini tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran mengenai emas, justeru lebih senang ditipu dengan tawaran harga yang lebih murah.

Antara cara mengenal pasti ketulenan emas tersebut ialah:

-Menggunakan asid khas. Selalunya ujian ini dilakukan di kedai emas sebelum bersetuju membeli emas dijual oleh pelanggan.

-Membakar sedikit emas berkenaan. Emas tidak akan rosak dan hitam jika ia adalah tulen.

-Memotong emas itu sendiri. Pembeli emas akan meminta kebenaran terlebih pelanggan terlebih dahulu untuk memotong emas berkenaan bagi mengetahui kandungan logam asing di dalamnnya.

-Kebiasaanya mereka yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan mengenai emas sudah dapat mengagak emas berkenaan dicampur  bahan lain apabila memegangnya. Berat emas dicampur logam lain juga berbeza berbanding emas tulen.

Mengajar Anak Menabung Dengan Duit Sekolah


Memberi wang saku sebenarnya mengajar anak mengenai nilai wang. Inilah peluang anda untuk mengajar mereka mengenai perbelanjaan berhemah dan menyimpan.

Memang ada ibu bapa yang pening memikirkan  soal belanja saku duit sekolah anak. Antara yang berlegar di fikiran ialah berapa jumlah yang hendak diberi, pandaikah si anak mengira wangnnya? Apakah yang akan dibeli? Dan adakah anak akan boros kerana wang saku yang diberi?

Sebenarnya wang saku adalah antara cara terawal untuk kanak-kanak belajar menguruskan  wang. Ini adalah kemahiran yang mereka perlukan sepanjang hayat dan mempunyai wang akan membuatkan anak-anak berasa yakin.

Antara panduan yang boleh anda ikuti ialah

Berbual- bual dengan ibu bapa lain mengenai wang saku sekolah. Tanya berapa jumlah yang mereka berikan kepada anak dan ambillah purata untuk dijadikan panduan. Namun pastikan ia berpadanan dengan makanan yang dijual di kantin sekolah dan paling penting, tidak sampai ke peringkat membocorkan poket anda.

Terangkan kepada anak bahawa wang saku itu adalah untuk perbelanjaan ketika berada di sekolah sama ada untuk makanan, minuman atau memberi peralatan menulis. Berdasarkan keperluan.

Terangkan kepada anak dengan jelas perkara atau barang yang tidak boleh dibeli menggunakan wang saku sekolah. Oleh kerana mereka masih kecil, anak-anak anda mungkin tidak tahu membezakan antara barang yang di perlu atau mahu. Barang yang dia mahu mungkin sebenarnya tidak diperlukan langsung dan ini boleh membawa kepada membawa kepada tabiat perbelanjaan tidak berhemah atau membazir.

Beri wang saku sekolah anak mengikut kemampuan anda. Jika pendapatan anda kecil, beritahu kedudukan kewangan anda kepada anak-anak. Anak-anak kini bijak berfikir jika anda menjelaskan dengan baik dengan membuat senarai terperinci mengenai perbelanjaan bulanan isi rumah, mereka boleh bertolak ansur dan menerima wang saku yang lebih rendah berbanding rakan-rakan.

Galakkan anak membawa bekal dengan menjadi teladan kepada mereka. Ia adalah cara menjimatkan wang saku dan menggalakkan mereka menabung. Malah anda juga akan berasa lebih yakin dan selesa kerana anak –anak makan makanan yang disediakan di rumah.

Antara cara yang boleh dilakukan ialah menyediakan beberapa tabung untuk anak membahagikan wangnya. Beritahu anak bahawa dia perlu menyimpan sedikit terlebih dahulu dan bakinnya barulah digunakan untuk berbelanja.

Beri pujian kepada anak apabila melihat isi tabungan bertambah. Pertambahan isi tabung akan membuatkan anak berasa gembira dan lebih teruja untuk terus menyimpan.

Beri wang saku setiap hari. Elak memberi satu jumlah yang besar untuk seminggu. Ini penting untuk memastikan mereka tidak membeli barang yang tidak diperlukan dan kehilangan wang kerana  jika hendak cepat atau leka bermain, anak mungkin lupa menyimpan wang mereka dengan baik.
Selain itu, langkah ini juga dapat mengelakkan timbul rasa riak atau mahu menunjuk nunjuk kepada rakan lain. Ini akan menimbulkan persekitaran yang tidak sihat di kalangan psikologi kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan rakan lain berasa cemburu  atau rendah diri. Malah ia sangat penting untuk mengelakkan anak daripada menjadi mangsa buli atau ugut oleh rakan lain.

Elakkan memberi wang saku sebelum waktunnya, ia akan mengajara anak anak konsep berhutang.

Elak memberi tambahan kepada wang saku. Ia mengajar anak untuk berbelanja mengikut keupayaan (berdasarkan jumlah wang yang ada padannya)

Anda perlu ingat bahawa anak-anak anda belajar banyak perkara berdasarkan pemerhatiannya kepada cara anda menguruskan wang. Justeru, jadilah teladan yang baik dengan belajar untuk berbelanja secara berhemah.

Islamic Hotel: Apa Kata Undang-Undang?



Media baru-baru ini melaporkan lebih 150, 000 individu (tidak semuannya kaya raya) telah tertipu dalam satu skim yang diberi nama Islamic Hotel (Skim pelaburan pajakan hotel di Mekah). Apa yang berlaku itu amat menyedihkan.

Ini memandangkan jumlah kerugian pelabur setakat ini telah mencecah angka RM450 Juta. Khabarnya sebahagian besar wang itu sempat dilarikan keluar negara oleh petualang yang menaja skim pelaburan tipu ini. Oleh itu, peluang mangsa pelaburan mendapat balik wang mereka adalah amat tipis sekali.

Ada dua sebab mengapa skim pelaburan itu begitu mudah sekali menarik perhatian orang ramai terutamanya bagi mereka yang tidak begitu arif tentang undang-undang dan prosedur pelaburan yang sah.

 Pertama, disebabkan namanya dikaitkan dengan kota suci Mekah dan kedua hanya dengan membuat pelaburan RM3,500 awal setiap bulan pelabur akan menerima “dividend” sebanyak 15 % hingga 30 % hasil daripada keuntungan pajakan hotel di kota suci itu.

Penulis kira ramai tidak tahu bahawa di bawah seksyen 131 dan 132 Akta Syarikat 2016 (Akta777), sesuatu “dividen “ itu hanya boleh dikeluarkan oleh syarikat sekiranya 2 syarat penting dapat dipatuhi.

  1. Pertama, dividen itu dikeluarkan sekirannya syarikat ada keuntungan sebenar daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan dalam masa setahun yang lalu.
  2. Kedua,, pengarah syarikat telah mengesahkan bahawa pembayaran dividen itu tidak akan menjejaskan solvency (tahap kewangan yang sihat) syarikat tersebut.


Oleh itu mereka yang terbukti melakukan kesalahan di bawah seksyen 131 ini boleh membawa kepada  hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun, denda RM3 Juta atau kedua-duanya sekali.

Jika kita periksa secara teliti bagaimana skim pelaburan ini dikendalikan (hakikatnnya satu skim cepat kaya), pembayaran dividen kepada pelabur itu bukan dibuat hasil keuntungan syarikat tetapi daripada wang pelaburan baharu yang dikitar semula.

Sebelum itu, pada 11 Februari 2015,  Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam Malaysia telah pun mengeluarkan fatwa bahawa skim pelaburan yang dikendalikan oleh syarikat Mecca Fund Global adalah haram.

Suspek dalam kes ini berjaya menipu pelabur dengan menukar nama skim pelaburan ini daripada Mecca Fund Global kepada Mecca Islamic Global dan akhirnya Islamic Hotel. Polis telah merujuk perkara ini kepada Tabung Haji dan mendapati skim pelaburan ini sebenarnnya tidak wujud.

Wartawan UM, Zulkiflee Bakar dalam artikelnya “jangan mudah terpedaya nama Islam” pada 31 Oktober lalu pula ada menyatakan harapannya agar kerajaan memikirkan penggubalan undang-undang bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada penganjur dan penaja pelaburan tipu ini.

Saranan beliau ini mengingatkan penulis kepada seksyen 594(1) Akta Syarikat 2016 yang menyatakan bahawa jika seseorang  itu ada mendorong orang lain secara tipu untuk melabur dalam apa-apa skim pelaburan, orang itu boleh dikenakan (jika sabit kesalahan) hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun, denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, di bawah seksyen 594(2) pula, mana-mana pegawai atau ejen syarikat itu boleh juga diheret ke mahkamah dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman yang sama iaitu penjara 10 tahun, denda RM3 juta, atau kedua-duannya sekali.

Selain itu perlu ditegaskan di sini bahawa sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta  Syarikat seperti ini boleh juga dituduh  melakukan kesalahan di bawah undang-undang pengubalan wang haram, iaitu Akta A1467 (nama penuhnnya Anti- Money Laundering and Anti-Terrorism Financing (Amendment) Act 2014).

Ekoran pindaan yang dilakukan pada tahun 2014 lalu, seseorang yang disabitkan di bawah seksyen 4 Akta A1467 itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun , serta denda 5 kali nilai wang haram atau RM5juta, yang mana lebih tinggi.

Kesimpulannya, jika pihak berkuasa negara ini serius mahu mejadikan kes terbaharu penipuan pelaburan skim Hotel Mekkah ini satu pengajaran pahit kepada penjenayah terlibat pada masa hadapan, heretlah semua petualang ini di bawah ketiga-tiga undang-undang yang disebutkan di atas tadi dan minta mahkamah menjatuhkan hukuman  ke atas mereka secara konsekutif di bawah setiap undang-undang itu dan bukan serentak.


Penulis ialah penganalisa undang-undang
Oleh Salleh Buang
UM 8 November 2016

Simpanan Syariah KWSP