11/10/2016

Orang Bujang dan Hutang




Selalunya sesetengah orang bujang tidak mahu berfikir panjang apabila ada banyak duit. Mereka tidak mahu fikir sangat pasal menguruskan duit.

Maklumlah orang bujang. Tanggungjawab tak banyak. Kalau ada pun, mungkin membayar ansuran kereta atau pinjaman pelajaran seperti PTPTN. Selebihnya, selagi ada duit di tangan, mereka akan berbelanja mengikut kehendak hati. Menukar telefon atau gajet baru berharga yang kadang-kadang tidak diperlukan sangat, membeli pakaian atau aksesori berjenama mahal.

Bagi orang bujang lelaki, kerana hendak menunjuk dirinya ada banyak duit, mereka akan belanja makan teman wanita di tempat yang eksklusif.

Soal hendak membuat simpanan dan pelaburan kadang-kadang tidak terlintas dalam fikiran segelintir orang bujang.

Jadi, atas sebab itulah, orang bujang adalah antara golongan yang paling banyak berhutang berbanding mereka yang berkeluarga.

Berikut ada cerita yang menggambarkan kehidupan orang bujang yang Berjaya tetapi boros.

Ia mengisahkan Dr Azam, lelaki muda dan Berjaya. Pada umur 33 tahun dia hampir memiliki semuannya, 2 buah kereta, tinggal di kondominium dan mempunyai kerjaya membanggakan.
Dr Azam berasakan dia berhak memiliki gaya hidup serba mewah kerana sudah bekerja keras dan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi seorang doctor pakar. Dia yakin mampu membeli apa saja yang diinginkan.

Dr Aazam terlalu banyak bergantung kepada kad kredit. Dia berpendapat dengan gaji 5 angka sebagai doctor pakar, tidak perlu bimbang dengan masa depannya. Apa yang penting adalah keseronokan serta merta dengan membeli semua kehendak nya menggunakan 5 kad kredit yang dimilikinnya.

Dr Azam tidak ada bajet untuk menjejak aliran tunainya. Lama kelamaan dia tidak mampu membayar ansuran keretanya dan hampir tidak dapat membuat bayaran minimum untuk semua kad kreditnnya. Keadaan semakin meruncing apabila sewa kondominium juga tertunggak selama 3 bulan.
Berhadapan dengan tindakan pengusiran, Ddr Azam didesak semua pemiutang supaya membayar hutang dengan segera. Sebuah keretannya ditarik oleh pihak bank. 

Tanpa disedari, Dr  Azam dibelenggu hutang yang sudah mencecah RM120,000. Takut akan diisytiharkan bankrap, dia mengambil keputusan mendapatkan bantuan AKPK.

Pengajaran daripada cerita Dr Azam ini ialah janganlah ghairah hidup mewah atau memikirkan keseronokan saja semata-ata masih bujang, bergaji besar dan bekerjaya bagus. Hutang juga tidak mengenal mangsa.

Oleh itu adalah penting untuk menguruskan bajet kita. Jangan ghairah sangat memiliki kad kredit. Kalua perlu sangat, cukuplah memilliki satu atau dua kad kredit. Sebaik-baiknya ada satu sahaja.
Adalah dicadangkan menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan. Lebih baik kita boleh simpan dan melabur 15% -20% daripada pendapatan bulan (gaji) kerana kita akan mempunyai lebih banyak duit pada masa hadapan.

Panduan memupuk tabiat menabung

Menabung sebelum berbelanja
Manabung dan melabur sekurang-kurangnya 10% daripada gaji atau pendapatan kita.
Menabung  dan melabur secara automatk dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya.

Dorong diri dengan sasarkan matlamat
Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri kita menabung
Kita boleh menetapkan matlamat jangka pendek, sederhana, dan panjang.

Jadikan tabiat
Selepas membuat simpanan dan pelaburan 10% daripada gaji kita, cabar diri sendiri untuk meningkatkan tabungan secara beransur-ansur.

Simpan dan laburkan sebahagian durian runtuh
Setiap kali terima duit seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan dan pelaburan.
Kalua kita menerima kenaikkan gaji, tinggkatkan jumlah simpanan dan pelaburan kita.

Menabung untuk kecemasan
Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang kejadian tidak diduga boleh menyebabkan kita hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Ada kalanya kita mungkin memerlukan jumlah duit yang banyak dalam masa yang singkat untuk menghadapi masalah yang kita hadapi.

Kebiasaanya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan kalau kita kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan yang serius dengan tiba-tiba atau akibat kos membaiki kerosakan rumah atau kereta. Kalau kita atau pasangan kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar.

Dalam keadaan begini adalah penting untuk kita mempunyai tabungan untuk menanganinnya. Sebagai panduan, kita perlu mempunyai  simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas kita selama 3 hingga 6 bulan. Keadaaan akan bertambah buruk jika kita perlu meminjam untuk mengatasi masalah yang timbul.


Selain menabung untuk tujuan kecemasan, bajet atau perancangan perbelanjaan jua boleh membantu kita menyimpan untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang bernilai besar.

No comments:

Post a Comment