Kedua-dua perkhidmatan ini memudahkan pelabur untuk menamakan pewaris yang bakal menjadi penerima mutlak pelaburan selepas kematian pelabur berkenaan.
Ketika ini, hanya 5% pelabur Amanah Saham Nasional Berhad
(ASNB) mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan perancangan harta pusaka iaitu
Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah
Jumlah itu amat rendah berbanding jumlah unit pelaburan
keseluruhan.
Dengan pendaftaran Hibah Amanah dan Pengagihan Amanah membolehkan waris menuntut pelaburan selepas berlaku sebarang kematian.
Hibah Amanah adalah perkhidmatan pengurusan harta oleh ASNB
yang berlandaskan syariah menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan
harta.
Pengistiharaan Amanah pula menyediakan perkhidmatan sama
kepada pelabur bukan Islam.
# Perkhidmatan yang sama juga turut ditawarkan oleh syarikat
unit amanah yang lain di Malaysia seperti Public Mutual, CWA dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment