Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) mewujudkan Akaun Emas untuk simpanan persaraan kedua bagi ahli berumur
55 tahun ke atas yang bekerja, mulai 1 Januari 2017.
Memandangkan purata rakyat Malaysia kini bekerja selepas umur 55 tahun
dan umur persaraan minimum 60 tahun, KWSP memutuskan untuk menyediakan dana
persaraan kedua, iaitu Akaun Emas untuk memelihara simpanan ahli dari umur 55
hingga 60 tahun.
Akaun Emas diwujudkan bagi memastikan kecukupan
simpanan persaraan ahli apabila mencapai umur 60 tahun.
Penambahbaikan skim itu memperlihatkan semua caruman baharu yang
diterima selepas umur 55 tahun akan secara automatik dimasukkan dalam Akaun
Emas dan hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 60 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP,
Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata Akaun Emas adalah satu inisiatif
penambaikan skim KWSP yang terkandung dalam Akta KWSP 1991.
Dengan adanya Akaun Emas, pekerja yang masih bekerja selepas umur 55 tahun akan memiliki dua akaun dan kedua-dua akaun akan dibayar jumlah dividen yang sama.
Akaun semasa yang digelar Akaun 55 kekal dengan syarat yang dikenakan sebelum ini di mana pencarum boleh mengeluarkan semua caruman atau sebahagian sahaja
Baki caruman untuk Akaun 55 tetap menerima dividen manakala Akaun Emas yang bermula dari RM0 turut akan dikreditkan dengan jumlah dividen yang sama. Malah pencarum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 55 pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, tiada perubahan bagi
pengeluaran caruman ahli berumur 55 tahun yang diberi pilihan membuat
pengeluaran sekali gus, sebahagian atau berperingkat.
Ahli berumur 58 tahun pada 1
Januari 2017 juga boleh membuat pengeluaran simpanan persaraan kerana mereka
tergolong dalam status kekal Akaun 55.
Selain insiatif Akaun Emas dan
Akaun 55, KWSP melanjutkan had pengkreditan dividen dari umur 75 tahun sehingga
100 tahun. Langkah itu akan memberi manfaat kepada ahli yang ingin mengekalkan
sebahagian simpanan mereka dengan KWSP serta mendapat faedah daripada kesan
berganda melalui penerimaan dividen sehingga pengeluaran penuh dibuat.
Beberapa insiatif lain juga
diperkenalkan ke atas skim dan dasar KWSP seperti perubahan terhadap polisi
penamaan, peningkatan kuantum Simpanan Asas, pengeluaran pra persaraan untuk
ahli bukan warganegara dan penambahbaikkan ke atas polisi pengurusan.
No comments:
Post a Comment