11/09/2016

Kaedah-kaedah menjual saham IPO

Topik tentang saham tawaran awam permulaan atau IPO (Initial Public Offerings) ini telah diterangkan serba sedikit sebelum ini.

Ramai pelabur saham tidak tahu bila masa yang sesuai untuk menjual saham-saham IPO ini lebih-lebih lagi apabila saham IPO ini telah mencatatkan premium yang baik atau dengan kata mudah, harga saham naik melebihi harga tawaran semasa ia mula ditawarkan kepada umum.

Kaedah permohonan saham IPO ini melalui beberapa cara iaitu

Terbitan awam atau public issue.
Tawaran berkenaan IPO ini boleh disemak di laman web Bursa Malaysia di bawah tajuk Listed Company, Initial Public Offerings, kemudian klik ke IPO Summary.

Peruntukan saham khas Bumiputra di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Cara untuk memohon saham IPO di bawah MITI boleh didapati di laman web MITI di www.miti.com.my. Klik ke tajuk “Perkhidmatan Kami” seterusnya klik “Saham Khas Bumiputra”

Terbitan persendirian atau Private Placement. Ia boleh dimohon terus dari bank pelaburan atau syarikat broker saham yang menjadi penasihat, penaja, agen, tawaran atau placement agent kepada syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kaedah BookBuilding yang ditawarkan kepada pelanggan yang berprofil tinggi di syarikat broker saham.  Kriteria pelanggan yang berprofil tinggi ini boleh jadi pelabur atau pedagang saham yang melakukan urus niaga saham secara aktif, di dalam linkungan modal yang besar mahupun yang dipercayai mempunyai kemampuan untuk melanggan dan membayar jumlah keseluruhan saham IPO sekirannya diperuntukkan kepada mereka.

Cara pembayaran jumlah peruntukkan saham IPO ini ialah secara tunai atau melalui pinjaman bank. Sekirannya pembiayaan saham IPO ini dibuat melalui pinjaman bank lebih-lebih lagi saham-saham IPO yang diperolehi melalui MITI, tawaran persendirian dan book building, maka ia terdedah kepada panggilan margin (margin call). Juga kadar faedah akan dikenakan keatas pinjaman tersebut bermula dari selesainya urusan atau proses dokumentasi dan perjanjian pinjaman sehinggalah pada hari saham tersebut dijual.

Tempoh masa yang diberikan oleh pihak bank ialah selama beberapa bulan dan pinjaman tersebut merupakan sebahagian sahaja daripada jumlah keseluruhan peruntukan saham IPO tersebut. Sebagai contoh, pihak bank hanya memberi pinjaman sebanyak 70% daripada jumlah keseluruhan saham yang diperoleh. Kos-kos yang terlibat di dalam proses di dalam proses pinjaman serta kos semasa menjual perlu diambil kira. Kos-kos seperti yuran pemprosesan, yuran nominees, kadar faedah pinjaman, caj komisen semasa jual yang dikenakan oleh broker saham serta lain-lain kos yang terlibat harus dikira sebelum pelabur membuat keputusan menjual saham IPO ini.

Berbalik kepada panggilan margin, pelabur perlu mengetahui berapakah harga saham IPO yang bakal dikenakan panggilan margin sekirannya di hari pertama penyenaraian saham IPO, harga sesuatu saham syarikat jatuh atau kurang  dari harga harga tawaran. Bagi pelabur yang mampu menyediakan modal untuk menambah modal tunai ke atas pinjaman tiada masalah. Namun bagi pelabur yang tidak mempunyai wang lebihan atau tidak dapat menyediakan wang pada masa yang dikehendaki perlu membuat keputusan yang pantas dan bijak kerana ditakuti sekirannya lewat membuat keputusan jual, harga saham menjadi semakin turun dan pelabur  akan mengalami kerugian yang semakin besar

Keadaan ini pernah terjadi kepada saham ASTRO dan UOADEV yang jatuh beberapa hari selepas ia disenaraikan. Sahan ASTRO yang pada harga tawaran RM3.00 tidak dapat mengekalkan kenaikan dan jatuh pada hari kedua sehingga harga jatuh serendah RM2.60 dan UOADEV serendah RM1.20.
Pada saat itu, ramai pelabur saham yang menjual saham pada harga di bawah harga tawaran dan bukan pada hari pertama penyenaraian atau menjual sebelum harga jatuh di bawah harga tawaran. Ini kemungkinan disebabkan pelabur tidak tahu tentang panggilan margin atau tiada pengalaman atau tiada nasihat tentang cara-cara menjual saham IPO serta resiko-resiko di dalam pasaran saham.

Oleh Cikgu Saham,
Zureaida MOhd . Zakaria

UM. 11 November 2016

No comments:

Post a Comment