Bank mempunyai fungsi pelbagai
antaranya menyimpan, melabur, pinjaman, pindahan wang, tukaran wang dan
sebagainnya.
Wujud pandangan ulama yang sangat
berhati-hati dengan mengatakan haram menggunakan bank itu kerana bank
konvensional menjalankan urusan berunsur riba.
Firman Allah bermaksud; “Dan
janganlah kalian tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” ( Surah
Al- Maidah;2)
Namun jika ada pihak bank yang
dapat mengasingkan urusan yang patuh syariah maka ia adalah lebih baik dipilih.
Ada ulama yang mengharuskan jika
tiada tempat selamat untuk simpanan atau tiada perkhidmatan itu di bank yang
patuh syariah
.
Oleh itu, hendaklah dipastikan
syarat yang ketat dan bukan untuk mengambil keuntungan atau terbabit dengan
riba.
Firman Allah bermaksud “Orang-orang
yang memakan (mengambil) riba itu tidak boleh berdiri dengan betul melainkan seperti dirasuk syaitan dengan
terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.
“Yang demikian ialah disebabkan
mereka mengatakan : “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti
riba.
“Padahal Allah telah menghalalkan
berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
“Oleh itu sesiapa yang telah
sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari
mengambil riba), maka apa yang telah diambil dahulu (sebelum pengharaman itu)
adalah menjadi haknya, dan perkarannya terserahlah kepada Allah.
“Dan sesiapa yang mengulangi lagi
(perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnnya.” ( Surah Al-Baqarah:275)
Firman Allah bermaksud: “Padahal
sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya
atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya.” (Surah Al-An’am: 119)
Wallahuaklam.
Oleh Ustaz Haslin Baharim
Harian Metro 6 November 2016
No comments:
Post a Comment